News Archive: March 2017

LFK 2017: MELAKA LEBAR PENGUASAAN, WANITA FELDA KEMBALI TEMUI RENTAK KEMENANGAN

2017-03-19

 Melaka mudah mengetepikan cabaran pasukan baharu, MBPP setelah meraih kemenangan bergaya 12-1 pada hari kedua Sirkit 5 Liga Futsal Kebangsaan (LFK) 2017 di Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan hari ini.

 Kemenangan besar tersebut menyaksikan skuad kendalian Mohamad I'sah Abd Rahim itu melebarkan rekod kemenangan seratus peratus kepada 9 perlawanan untuk mengumpul 27 mata penuh di persada carta kategori lelaki.

LFK 2017: MELAKA TERUS UNGGULI CARTA LELAKI, PERAK RAPAT JURANG DENGAN FELDA

 Pasukan Melaka kendalian Mohamad I’sah Abdul Rahim terus mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu Liga Futsal Kebangsaan (LFK) 2017 kategori lelaki setelah membelasah pencabar di tangga ketiga, Pahang 6-1 pada aksi Sirkit 5 di Stadium SUKPA, Kuantan hari ini.

 Kemenangan itu menyaksikan Melaka selesa di tangga teratas dengan 24 mata penuh mengatasi Felda United di tangga kedua yang turut meraih kemenangan mengumpul 18 mata selepas berakhirnya pusingan pertama LFK.

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA TATATERTIB FAM, 16 MAC 2017

Jawatankuasa Tatatertib FAM dalam mesyuaratnya pada 16 Mac 2017 (Khamis) telah mencapai keputusan berikut:

1.  Tindakan pemain pasukan PKNP FC, Mohd Fazli Zulkifli yang telah menghantuk muka pemain pasukan ATM, Suhairy Johari semasa perlawanan Liga Premier 2017 di antara PKNP FC lawan ATM di Stadium Perak, Ipoh pada 24 Februari 2017.

SENARAI 20 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT FASA 5 SKUAD FUTSAL WANITA MALAYSIA BERMULA 22 MAC INI

2017-03-17 

 Berikut senarai 20 pemain dipanggil ketua jurulatih futsal wanita Harimau Malaysia, Muizzudin Mohd Haris  untuk menghadiri kem latihan pusat Fasa 5 skuad futsal wanita kebangsaan bermula 22 Mac ini (Rabu).

 Ia sebagai persiapan awal untuk menghadapi temasya Sukan SEA 2017 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada Ogos 2017. 

SENARAI 23 PEMAIN SKUAD HARIMAU MALAYSIA B-22 KE PIALA DUBAI 2017

2017-03-16

Berikut senarai 23 pemain yang akan dibawa ketua jurulatih skuad B-22 kebangsaan, Frank Bernhardt ke UAE, esok (17 Mac) bagi menghadapi Kejohanan B-23 Piala Dubai dari 20 hingga 28 Mac 2017.

 Skuad Harimau Malaysia B-22 bakal membuka kempen saingan Kumpulan B bertemu China pada 20 Mac diikuti aksi kedua bertemu Arab Saudi (23 Mac) dan aksi ketiga bertemu Jordan (26 Mac).

  BIL

LFK 2017: MELAKA TUNDUK FELDA UNITED UNTUK KEKAL REKOD KEMENANGAN BERSIH

2017-03-12

Melaka terus cemerlang mengekalkan rekod kemenangan seratus peratus selepas tujuh perlawanan kategori lelaki Liga Futsal Kebangsaan (LFK) 2017 apabila berjaya menewaskan juara bertahan, Felda United 4-2 pada hari kedua Sirkit 4 di Stadium SUKPA, Kuantan, hari ini.

LFK 2017: PAHANG, FELDA UNITED TERUS HIMPIT MELAKA DI TANGGA TERATAS

2017-03-11

Melaka terus unggul di tangga teratas kategori lelaki Liga Futsal Kebangsaan (LFK) 2017 selepas berjaya mengekalkan rekod kemenangan bersih enam perlawanan berturut apabila menewaskan KL Petaling Putra FC 6-2 pada hari pertama Sirkit 4 di Stadium SUKPA, Kuantan, hari ini.

SIARAN MEDIA: FAM SAMBUT BAIK KEPUTUSAN AFC TANGGUH AKSI KOREA UTARA-MALAYSIA

2017-03-10

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), hari ini menerima makluman daripada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bahawa perlawanan pertama Kumpulan B, Kelayakan Piala Asia 2019 antara Korea Utara bertemu Malaysia di Stadium Kim Il-sung, Pyongyang pada 28 Mac ini telah pun diputuskan Jawatankuasa Pertandingan AFC untuk ditangguhkan ke tarikh yang lain.

SENARAI 18 PEMAIN KE LATIHAN PUSAT SKUAD FUTSAL LELAKI KEBANGSAAN BAGI MAC 2017

2017-03-10

Berikut senarai 18 pemain dipanggil ketua jurulatih futsal kebangsaan, Chiew Chun Yong untuk menghadiri kem latihan pusat Fasa 2 skuad futsal lelaki kebangsaan, Harimau Malaysia bagi tahun 2017 bermula 22 Mac ini (Rabu) hingga 31 Mac 2017 (Jumaat) di Wisma FAM, Kelana Jaya.

 Ia sebagai persiapan awal skuad futsal Harimau Malaysia bagi menghadapi Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur pada Ogos depan.

 

KIM SWEE SASAR MENANG DI MANILA UNTUK BAIKI RANKING

Ketua jurulatih kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee meletakkan sasaran untuk meraih kemenangan pada perlawanan antarabangsa "A" bertemu Filipina di Stadium Memorial Rizal, Manila pada 22 Mac ini selepas beberapa pertemuan dengan The Azkals sebelum ini berakhir dengan keputusan seri.