2017-09-18
Skuad B-19 kebangsaan kendalian Bojan Hodak muncul naib juara Kejuaraan B-18 AFF 2017 selepas tewas 2-0 kepada Thailand pada perlawanan akhir di Stadium Thuwunna YTC, Yangon, Myanmar, malam tadi.
Terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama, Thailand berjaya memperoleh dua gol pantas pada awal babak kedua menerusi jaringan Ekanit Panya pada minit ke-48 dan Kritsada Kaman minit ke-51.