News Archive: November 2017

SENARAI 30 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT MENJELANG KEJUARAAN B-23 AFC 2018 DI CHINA

2017-11-23

Berikut senarai 30 pemain yang telah dipilih ketua jurulatih skuad B-23 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee untuk hadir ke kem latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula Isnin ini, 27 November 2017 sebagai persiapan menghadapi pusingan akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018 yang akan berlangsung di Jiangsu, China dari 9 hingga 27 Januari 2018.

 

BIL

KEJAYAAN MAMPAN UNTUK BOLA SEPAK MALAYSIA MEMERLUKAN PERUBAHAN DASAR!

2017-11-19

Bagi mencapai kejayaan berdasarkan visi dan reka bentuk lebih daripada nasib, beberapa perubahan besar perlu dilakukan dalam bola sepak Malaysia. Tidak semua orang sukakan perubahan! Perubahan membuatkan kita berasa tidak selesa dan secara semulajadinya kita tidak mahu menjadi tidak selesa. Kita mahu kekal di mana kita berada dan menjaga apa yang kita ada.

KENYATAAN BERSAMA DARIPADA FAM DAN FMLLP BERHUBUNG ISU PELESENAN KELAB

2017-11-19

FAM dan FMLLP secara kolektifnya bertanggungjawab untuk sistem pelesenan kelab di Malaysia. FAM sahaja adalah pihak yang memberikan lesen kelab (AFC dan kebangsaan) dan pengendali liga (FMLLP) pula bertindak sebagai pihak pentadbir pelesenan kelab.

Peraturan-peraturan telah dibincangkan secara bersama dan dibuat bagi memastikan sistem pelesenan kelab ini menjadi platform untuk pembangunan bola sepak secara profesional di Malaysia.

GDT CIRCUIT FC JUARA KARNIVAL BOLA SEPAK PEREMPUAN B-14 FAM 2017

2017-11-18

GDT Circuit FC (Girls Dream Team) Singapura muncul juara Karnival Bola Sepak Perempuan B-14 FAM 2017 selepas berjaya menewaskan SMK Seksyen 11 (SSN Selangor) 1-0 pada aksi final yang berlangsung di Padang Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.

 Selaku juara, GDT Circuit FC membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai berjumlah RM3,000 manakala SMK Seksyen 11 (SSN Selangor) selaku naib juara menerima RM2,000.

KELAYAKAN PIALA ASIA 2019: MALAYSIA 1-4 KOREA UTARA

2017-11-14

Skuad kebangsaan, Harimau Malaya kendalian Nelo Vingada sekali lagi tewas 4-1 kepada Korea Utara pada perlawanan kelima Kumpulan B, Kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium I-Mobile, Buriram, Thailand, malam tadi.

 Malaysia, berkedudukan ranking ke-170 dunia bertindak sebagai tuan rumah untuk perlawanan tersebut selepas turut tewas 4-1 kepada Korea Utara, ranking ke-132 dunia di gelanggang sama pada 10 November lalu dengan Korea Utara sebagai pasukan tuan rumah.

KELAYAKAN PIALA ASIA 2019: KOREA UTARA 4-1 MALAYSIA

2017-11-11

Skuad kebangsaan, Harimau Malaya kendalian Nelo Vingada tewas 4-1 kepada pasukan ranking ke-132 dunia, Korea Utara yang bertindak sebagai tuan rumah pada perlawanan keempat Kumpulan B, Kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium I-Mobile, Buriram, Thailand, malam tadi.

SKUAD B-23 KEBANGSAAN AKAN BERLATIH DI KOREA SELATAN & CHINA SEBELUM HADAPI KEJUARAAN B-23 AFC 2018

2017-11-09

Skuad B-23 kebangsaan kendalian Datuk Ong Kim Swee akan melakukan persiapan rapi di Mokpo, Korea Selatan dan Nanjing, China bagi menghadapi pusingan akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018 di Changshu dan Kunshan, China bermula 10 Januari depan.

MALAYSIA LAYAK KE PUSINGAN AKHIR KEJUARAAN B-19 AFC 2018

2017-11-09

Skuad B-19 kebangsaan kendalian Bojan Hodak layak ke pusingan akhir Kejuaraan B-19 AFC 2018 di Indonesia selepas berjaya menempatkan diri di kalangan lima pasukan terbaik tempat kedua kumpulan dalam saingan kelayakan yang berakhir awal pagi tadi.

 Malaysia muncul naib juara Kumpulan F selepas tewas 3-0 kepada tuan rumah, Korea Selatan pada perlawanan terakhir di Stadium Paju, petang semalam.

SENARAI AKHIR 10 PEMAIN SKUAD BOLA SEPAK PANTAI KEBANGSAAN KE ‘2017 BELT & ROAD INTERNATIONAL BEACH SOCCER CUP’ DI HAIKOU, CHINA

2017-11-07

Berikut senarai akhir 10 pemain dipilih ketua jurulatih skuad bola sepak pantai kebangsaan, Ismail Zakaria bagi membawa cabaran Malaysia pada ‘2017 Belt & Road International Beach Soccer Cup’ di Haikou, China dari 10 hingga 12 November ini.

 

BIL

NAMA

UMUR

SENARAI AKHIR 23 PEMAIN KE BURIRAM, THAILAND BAGI DUA AKSI KELAYAKAN PIALA ASIA 2019 BERTEMU KOREA UTARA

2017-11-06

Berikut senarai akhir 23 pemain dipilih pengurus merangkap ketua jurulatih kebangsaan, Nelo Vingada untuk terbang ke Thailand, esok (Selasa, 7 November) bagi menghadapi dua perlawanan Kumpulan B, Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Korea Utara di Stadium I-Mobile, Buriram pada 10 dan 13 November 2017.

 

BIL

NAMA

UMUR