2018-10-17
Skuad kebangsaan, Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe tewas tipis 1-0 kepada pasukan di ranking ke-91 dunia, Republik Kyrgyz pada perlawanan persahabatan antarabangsa "A" di Stadium Hang Jebat, Melaka, malam tadi.
Biarpun skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe yang berkedudukan ranking ke-171 dunia lebih memiliki banyak peluang, jaringan tunggal pemain gantian, Bekzhan Sagynbaev pada minit ke-68 memberikan kemenangan buat Republik Kyrgyz bimbingan Aleksandr Krestinin.