News Archive: March 2019

FAM SELESAI RM2.5 JUTA TUNGGAKAN GAJI LAPAN PASUKAN

2019-03-07

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini ingin mengumumkan bahawa tunggakan gaji pemain dan pegawai bagi lima pasukan Liga Malaysia yang berjumlah RM1,178,600 telah pun diselesaikan menggunakan wang deposit dan lain-lain wang yang dipegang oleh Persatuan ini.

SIARAN MEDIA: FAM SETUJU CADANG GOL SYAHMI SAFARI UNTUK ANUGERAH PUSKAS FIFA 2019

2019-03-06

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini telah mencapai persetujuan untuk mencadangkan gol pemain muda kebangsaan, Muhammad Syahmi Safari ketika perlawanan separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF 2018 pada 5 Disember 2018 dicalonkan ke Anugerah Puskas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) 2019.

SENARAI 25 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD HARIMAU MALAYA MENJELANG PIALA AIRMARINE 2019

2019-03-05

Berikut senarai nama 25 pemain dipanggil ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula Selasa, 12 Mac 2019 bagi persiapan menghadapi kejohanan antarabangsa empat negara, Piala AIRMARINE 2019 di Stadium Nasional, Bukit Jalil dari 20 hingga 23 Mac 2019 dan perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu Nepal di stadium sama pada 26 Mac 2019.

 

SENARAI 27 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD B-22 KEBANGSAAN MENJELANG KELAYAKAN KEJUARAAN B-23 AFC 2020

2019-03-05

Berikut senarai nama 27 pemain dipanggil ketua jurulatih skuad B-22 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee untuk menyertai kem latihan pusat bermula Ahad ini, 10 Mac 2019 bagi persiapan menghadapi Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2020 di Stadium Shah Alam dari 22 hingga 26 Mac 2019.

 

BIL

NAMA

UMUR

PIALA AIRMARINE 2019: HARIMAU MALAYA DIUNDI BERTEMU SINGAPURA

2019-03-04

Majlis Undian Piala AIRMARINE 2019 telah berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.

Ia telah dihadiri oleh Presiden FAM, Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin; Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam dan Pengerusi Eksekutif AIRMARINE Malaysia, Datuk Ananth S Nathan.

Turut hadir Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi; Exco FAM, Christopher Raj dan Pengarah Urusan ProEvents International, San Boon Wah.

SENARAI AKHIR 12 PEMAIN KE KEJUARAAN BOLA SEPAK PANTAI AFC 2019 DI PATTAYA, THAILAND

2019-03-04

Berikut senarai akhir 12 pemain dipilih ketua jurulatih skuad bola sepak pantai kebangsaan, Mohd Faizal Md Sood bagi membawa cabaran Malaysia pada Kejuaraan Bola Sepak Pantai AFC 2019 yang akan berlangsung di Pattaya, Thailand dari 7 hingga 17 Mac 2019.

 

BIL

NAMA

PIALA AIRMARINE 2019: AFGHANISTAN GANTI TEMPAT SOLOMON ISLANDS

2019-03-01

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan bahawa Afghanistan, pasukan di kedudukan 147 dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) akan menggantikan tempat Solomon Islands bagi kejohanan antarabangsa empat negara, Piala AIRMARINE 2019 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 20 hingga 23 Mac ini.

Ia menjadikan empat pasukan yang akan bersaing dalam Piala AIRMARINE 2019 kini terdiri daripada Malaysia, Singapura, Oman dan Afghanistan.