News Archive: August 2019

FAM, MFL GUNA RM2.45 JUTA WANG HAK PENYIARAN & DEPOSIT BANTU BAYAR TUNGGAKAN GAJI PEMAIN & PEGAWAI

2019-08-31

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Malaysian Football League (MFL) pada 29 dan 30 Ogos 2019 telah melakukan pembayaran sebanyak RM2,458,970.20 menggunakan wang hak penyiaran MFL dan baki deposit dalam simpanan FAM daripada enam pasukan Liga Super dan Liga Premier.

Ia bagi menyelesaikan tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan-pasukan terbabit.

SENARAI 24 PEMAIN SKUAD HARIMAU MALAYA KE JAKARTA UNTUK AKSI BERTEMU INDONESIA PADA 5 SEPTEMBER 2019

2019-08-31

Berikut senarai nama 24 pemain dipilih ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk ke Jakarta, Indonesia bagi menghadapi perlawanan sulung Kumpulan G, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bertemu Indonesia di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta pada 5 September 2019.

 

BIL

NAMA

PERLAWANAN ANTARABANGSA TIER 1: MALAYSIA 0-1 JORDAN

2019-08-31

Skuad kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe tewas tipis 1-0 kepada pasukan ranking ke-99 dunia, Jordan pada Perlawanan Antarabangsa Tier 1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

Ia persiapan skuad Harimau Malaya yang kini di ranking ke-159 dunia bagi menghadapi dua aksi sulung Kumpulan G, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bertemu Indonesia di Jakarta pada 5 September dan UAE di Bukit Jalil pada 10 September 2019.

SENARAI 20 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD FUTSAL KEBANGSAAN (SEPTEMBER 2019)

2019-08-29

Berikut senarai 20 pemain yang telah dipanggil ketua jurulatih futsal lelaki kebangsaan, Chiew Chun Yong untuk hadir ke kem latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula Ahad ini, 1 September 2019 hingga 30 September 2019 sebagai persiapan bagi menghadapi Kejuaraan Futsal AFF 2019 di Ho Chi Minh City, Vietnam dari 21 hingga 27 Oktober 2019.

 

BIL

SENARAI 30 PEMAIN KE KEM LATIHAN SKUAD B-15 KEBANGSAAN BERMULA 1 SEPTEMBER 2019 MENJELANG PUSINGAN KELAYAKAN KEJUARAAN B-16 AFC 2020 DI VIENTIANE, LAOS

2019-08-28

Berikut senarai 30 pemain dipilih ketua jurulatih skuad B-15 kebangsaan, P. Maniam untuk ke kem latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula Ahad, 1 September 2019 sebagai persiapan bagi Pusingan Kelayakan Kejuaraan B-16 AFC 2020 dari 18 hingga 22 September 2019 di Vientiane, Laos.

 

BIL

NAMA

UMUR

AFC MUNCUL JUARA PIALA CABARAN TUNKU ABDUL RAHMAN FAM-AFC 2019

2019-08-24

Pasukan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) gagal mempertahankan gelaran juara Piala Cabaran Tunku Abdul Rahman FAM-AFC apabila tewas 1-3 kepada  tuan rumah, pasukan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dalam edisi tahun ini di AFC House, Bukit Jalil. 

Pasukan FAM diketuai Presiden FAM, Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin serta dibarisi kakitangan FAM lain manakala pasukan AFC pula dibarisi kakitangan mereka. 

SENARAI 27 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD HARIMAU MALAYA MENJELANG AKSI BERTEMU JORDAN, INDONESIA & UAE

2019-08-19

Berikut senarai nama 27 pemain dipanggil ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula Ahad ini, 25 Ogos 2019.

SIARAN MEDIA: FAM-PSM TANDATANGANI PERJANJIAN UNTUK SEMUA AKSI HARIMAU MALAYA BERLANGSUNG DI STADIUM NASIONAL

2019-08-15

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), hari ini telah menandatangani satu perjanjian bersama sehingga 31 Disember 2020 untuk menjadikan Stadium Nasional yang terletak di Kuala Lumpur Sports City (KLSC), Bukit Jalil sebagai gelanggang sendiri skuad bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya bagi mana-mana pertandingan atau kejohanan rasmi.

SENARAI AKHIR 23 PEMAIN SKUAD BOLA SEPAK WANITA KEBANGSAAN KE CHONBURI, THAILAND BAGI KEJUARAAN WANITA AFF 2019

2019-08-13

Berikut senarai akhir 23 pemain dipilih ketua jurulatih skuad bola sepak wanita kebangsaan, Jacob Joseph untuk menghadapi Kejuaraan Wanita AFF 2019 yang bakal berlangsung dari 15 Ogos hingga 27 Ogos 2019 di Chonburi, Thailand.

 

No

NAMA

SENARAI AKHIR 23 PEMAIN SKUAD B-18 KEBANGSAAN KE HO CHI MINH CITY, VIETNAM BAGI PIALA NEXT MEDIA B-18 AFF 2019

2019-08-05

Berikut senarai akhir 23 pemain dipilih ketua jurulatih skuad B-18 kebangsaan, Brad Maloney untuk ke Ho Chi Minh City, Vietnam bagi Piala Next Media B-18 AFF 2019 yang akan bermula dari 6 hingga 19 Ogos 2019.

 

BIL

NAMA

UMUR