News Archive: March 2020

SIARAN MEDIA: FAM, MFL NASIHAT KELAB, PEMAIN & PEGAWAI BUAT PERBINCANGAN TERBUKA

2020-03-26

Arahan kerajaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April 2020 kerana isu penularan wabak COVID-19 telah menyebabkan saingan Liga Malaysia 2020 yang ditangguh mulai 16 Mac lalu bakal dilanjutkan lagi penangguhannya untuk satu tempoh yang lebih lama.

FAM, MFL SERU SEMUA PIHAK GANDING TENAGA MEMBANTU DALAM KEADAAN SUKAR INI

2020-03-25

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selaku badan induk bola sepak negara mengambil maklum berhubung situasi semasa tahap penularan terkini wabak COVID-19 yang telah menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari dari 18 hingga 31 Mac 2020 telah pun dilanjutkan sehingga 14 April 2020.

Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.

SIARAN MEDIA: MELAKA DIPOTONG TIGA MATA LIGA SUPER 2020

2020-03-20

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini ingin mengumumkan bahawa pasukan Melaka telah dikenakan hukuman pemotongan tiga mata secara serta merta bagi saingan CIMB Liga Super 2020 di atas kegagalan membayar baki ansuran tunggakan gaji pemain dan pegawai mengikut jadual ditetapkan mereka.

SIARAN MEDIA: OPERASI FAM TETAP BERJALAN BIARPUN WISMA FAM DITUTUP SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

2020-03-19

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ingin memaklumkan bahawa Sekretariat Agung FAM masih beroperasi seperti biasa mengikut polisi dalaman yang telah ditetapkan biarpun ibu pejabat FAM iaitu Wisma FAM di Kelana Jaya ditutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dari 18 hingga 31 Mac 2020 kerana wabak COVID-19.

AMANAT PRESIDEN: KERJASAMA DAN SEMANGAT SEPASUKAN MENANGANI WABAK COVID-19

2020-03-18

Assalamualaikum, Salam Sejahtera,

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas.

Seperti yang kita maklum, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sudahpun mengisytiharkan COVID-19 sebagai satu pandemik atau wabak besar.

Kita juga maklum Malaysia mencatat jumlah kumulatif kes positif COVID-19 tertinggi di Asia Tenggara setakat ini.

SIARAN MEDIA: FAM, MFL TANGGUH LIGA DOMESTIK BERMULA 16 MAC KERANA COVID-19 DEMI KEPENTINGAN RAKYAT

 

2020-03-13

Demi kepentingan dan kesejahteraan semua pihak khususnya rakyat Malaysia, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Malaysian Football League (MFL) telah memutuskan untuk menangguhkan kesemua perlawanan saingan Liga Malaysia 2020 berkuatkuasa Isnin ini (16 Mac 2020).

SIARAN MEDIA: ENAM PENGADIL DIPILIH CALON PERINTIS MPRORS

2020-03-11

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini mengumumkan pelancaran projek pengadil profesional yang dinamakan Malaysia Professional Referee System (MProRS) dengan enam orang pengadil kebangsaan telah disenarai pendek untuk menjadi perintis kepada projek berkenaan.

Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin berkata, MProRS membawa misi yang cukup besar iaitu untuk menjadikan pengadil dari Malaysia sebagai mercu tanda pengadilan Asia.

SIARAN MEDIA: PERLAWANAN KELAYAKAN PIALA DUNIA 2022/PIALA ASIA 2023 BERTEMU UAE, VIETNAM & THAILAND DITANGGUHKAN

2020-03-09

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini telah menerima surat rasmi daripada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mengenai pengesahan penangguhan kesemua perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bagi bulan Mac dan Jun 2020.

Menurut AFC, keputusan itu dibuat selepas perbincangan dengan ahli-ahli gabungannya yang terlibat dan seterusnya dibawa ke Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk akhirnya satu persetujuan dicapai bagi menangguhkan perlawanan-perlawanan pada tarikh berkenaan.

SIARAN MEDIA: TUJUH RAKAN PENAJA RASMI PERKASA MPFL 2020

2020-03-09

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini mengumumkan nama tujuh rakan penaja rasmi bagi memperkasakan musim kedua Malaysia Premier Futsal League (MPFL) iaitu MPFL 2020 yang bakal membuka tirai saingannya pada hujung minggu ini, 14 dan 15 Mac 2020.

Empat rakan penaja dari edisi sulung MPFL 2019 telah meneruskan komitmen mereka untuk bersama-sama FAM bagi menjayakan MPFL 2020 ini dengan disertai oleh tiga rakan penaja baharu bagi musim kedua ini.

SIARAN MEDIA: KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA STATUS FAM KALI KE-13 BAGI PENGGAL 2017-2021

2020-03-05

Jawatankuasa Status FAM dalam mesyuarat kali ke-13 bagi penggal 2017-2021 pada 3 Mac 2020 (Selasa) telah mencapai keputusan berikut:

 

1. Tuntutan dikemukakan oleh pemain, Amirizdwan Taj Tajudin terhadap Persatuan Bolasepak Kelantan berhubung tunggakan gaji.

Keputusan: Tuntutan pengadu telah diterima sepenuhnya dan Persatuan Bolasepak Kelantan dikehendaki membayar tunggakan gaji sebanyak RM167,304.