Asyraaf Abdullah pengendali baharu skuad wanita kebangsaan

Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM telah mengambil keputusan untuk melantik Mohd Aysraaf Abdullah sebagai pengendali baharu pasukan bola sepak wanita kebangsaan bagi menggantikan Jacob Joseph yang telah mengambil alih teraju utama pasukan Liga FAM, KL MISC MIFA.

"Sebelum dia dilantik, kami telah mendapatkan maklumbalas dari banyak pihak - dan Asyraaf dikenali sebagai seorang jurulatih yang berdedikasi dan komited. Dia mempunyai perancangan yang bagus dan sentiasa melihat ke masa hadapan pasukan. Hasil usahanya juga yang membolehkan pasukan kita bermain di Bangkok kerana dia mahukan pemain-pemain bukan sahaja menimba pengalaman tetapi diberi pendedahan bermain di peringkat antarabangsa," ujar Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita, Brigadier Jeneral Dato' Nurulhuda Ahmad.

Asyraaf pernah berkhidmat sebagai Pengarah Sukan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan juga sebagai ketua jurulatih pasukan futsal Sabah sebelum menjadi jurulatih skuad wanita kebangsaan. Seramai 25 orang pemain telah dipanggil untuk menjalani latihan pusat di Kompleks Sukan UMS pada 7 hingga 28 April.

Pemain-pemain yang terpilih kali ini terdiri daripada gabungan muka-muka lama dan baharu yang juga tergolong daripada pemain-pemain di Liga Futsal Kebangsaan (LFK) FAM-Felda 2015

Pasukan ini akan mengadakan dua perlawanan persahabatan antarabangsa di Bangkok, Thailand pada 15 hingga 19 April sebagai persediaan untuk menghadapi Kejohanan Bolasepak Wanita AFF 2015 yang akan diadakan di Ho Chi Minh, Vietnam pada 1 hingga 10 Mei nanti.

Berikut adalah senarai pemain-pemain yang terpilih untuk menjalani latihan oleh jurulatih Asyraaf Abdullah:

Nama

Negeri/Kelab

Masyita binti Mohd Tajib

Sabah

Zaffeka binti Zakaria

Sabah

Dadree Rofinus

Sabah

Leonie Vitus

Sabah

Sihaya binti Ajad

Sabah

Asma Junaidi

Sabah

Usliza Usman

Sabah

Haindee Mosroh

Sabah

Eslilah Esar

Sabah

Jaciah Jumilis

Sabah

Shereilynn Elly Pius

Sabah

Maznah Ali

Sabah

Masturah Majid

Sabah

Marlia Basri

Sabah

Joponimilina Lisen

Sarawak

Kelly Kennedy

Sarawak

Angela Kais

PDRM

Lovelytha Jelus

PDRM

Norhanisa binti Yahya

PDRM

Nur Atika binti Omar

PDRM

Norsuriani binti Mazli

Pahang

Malini binti Nordin

Negeri Sembilan

Rozaini binti Bakar

ATM

Nur Atikah binti Abdul Wahab

ATM

Zawani Nisha binti Habib Rahman 

KL Felda United

 

J Category: 
article/women-s-football