FAM ANGGAP RAKAN PENAJA SEBAGAI WIRA

2021-10-11

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyifatkan rakan penajanya sebagai wira yang menyahut seruan agenda nasional atas kesudian membantu industri bola sepak dan juga pasukan kebangsaan kekal bernafas sepanjang tempoh pandemik COVID-19.

FAM mengambil kesempatan untuk mengadakan pertemuan dengan rakan-rakan penaja sepanjang minggu lalu bagi membincangkan jalinan kerjasama lebih erat serta kaedah menyediakan pulangan atas pelaburan (ROI) yang membawa manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

Antara rakan-rakan penaja berkenaan ialah Bank Islam, Malaysia Airlines Berhad, F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd, Marco Corporation (M) Sdn. Bhd (CASIO), Nike, Milo Malaysia, Sanctuary Health Sdn Bhd (Sanctband Active), Amforr Sdn Bhd (KELME) dan Elite Definition Sdn Bhd (Little Joe Malaysia).

Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin mengibaratkan sumbangan penaja seperti menyahut panggilan kebangsaan.

"Kesemua penaja ini memainkan peranan unik tersendiri dalam membantu pasukan bola sepak Malaysia berkembang, baik di peringkat akar umbi, belia, skuad wanita dan lelaki termasuk futsal dan bola sepak pantai.

“Sokongan penaja sememangnya membantu dalam memastikan pasukan kebangsaan terus bergerak maju ke depan terutama dalam menuju ke fasa endemik.

“Kami di FAM sangat berterima kasih kepada semua penaja atas sokongan dan bantuan mereka dalam menggerakkan pasukan kebangsaan. Atas dasar ini, penaja juga dianggap wira kerana mereka menyahut seruan negara,” katanya selepas bertemu dengan setiap penaja secara berasingan dan berperingkat, di Wisma FAM, sepanjang minggu lalu.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden FAM, Dato’ S. Sivasundaram dan Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar.

Sementara bagi rakan penaja yang lain seperti Cuckoo, Yoodo, Firefly, Joma, Kaki Jersi dan Kronos, FAM akan bertemu secara berperingkat dalam masa terdekat.

Datuk Haji Hamidin menambah, kerjasama dari segi tajaan akan membawa dimensi berbeza terhadap kaedah pertandingan, perkembangan pemain dan pasukan serta seterusnya meningkatkan nilai komersial pasukan kebangsaan.

"Sekali lagi, terima kasih diucapkan kepada semua penaja kerana kolaborasi ini membuktikan pasukan kebangsaan masih mendapat sokongan penuh daripada sektor korporat terutama dalam situasi tidak menentu dan ia memperlihatkan keberanian mereka dalam berdepan cabaran.

“Justeru kami berharap lebih banyak syarikat korporat atau perniagaan tampil menyokong pasukan kebangsaan dan industri bola sepak kita secara keseluruhan kerana bola sepak adalah platform yang sesuai untuk penjenamaan dan pemasaran, mengambil hakikat bahawa bola sepak ejen penyatuan dan sumber kekuatan negara pada saat-saat sukar.

"Industri bola sepak sebelum ini berdepan cabaran penangguhan dan pembatalan perlawanan, namun dengan penyokong kini dibenarkan kembali ke stadium, kami yakin semua perlawanan dan acara kami selepas ini dapat berlangsung lebih lancar,” katanya.

 

 

 

 

FAM PAYS TRIBUTE TO PARTNERS

2021-10-11

Football Association of Malaysia (FAM) has paid tribute to all its partners in keeping the football industry and the national team afloat throughout the COVID-19 pandemic, likening it to the national call of duty.

In a series of meetings held in stages throughout last week, FAM met all its partners separately to discuss and enhance existing methods in providing returns on investments (ROI) that would offer mutual benefits for both parties.

FAM's partners are Bank Islam, Malaysia Airlines Berhad, F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd, Marco Corporation (M) Sdn. Bhd (CASIO), Nike, Milo Malaysia, Sanctuary Health Sdn Bhd (Sanctband Active), Amforr Sdn Bhd (KELME) and Elite Definition Sdn Bhd (Little Joe Malaysia).

FAM President, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, regarded the partners’ loyalty and generosity as having answered the national call of duty.

“Our partners have their own unique role in helping Malaysian football team to grow, whether they are men or women, or grassroots or youth or futsal and beach soccer.

“Their support is crucial helping FAM mobilise the various national teams as we ease towards the endemic phase.

“FAM is deeply grateful for their support and assistance in developing our national team even throughout the pandemic. We consider our partners as heroes for having stood by us as we negotiate a tough period.”

Also present were FAM Deputy President, Dato' S. Sivasundaram and FAM General Secretary, Mohd Saifuddin Abu Bakar.

Meanwhile meetings with other partners, Cuckoo, Yoodo, Firefly, Joma, Kaki Jersi and Kronos in stages are in the pipeline.

Datuk Haji Hamidin added, the collaboration brings about a different dimension in the development of players and teams in increasing the commercial value of the national teams and the various competitions.

“Once again, thank you to all our partners for their full support during these unprecedented times and it illustrated their will to help us survive the period.

“Therefore, we hope more corporate companies or businesses will come forward to support our national team and the football industry as a whole as football is an ideal platform not just for branding and marketing, but also commercialization, taking into account the fact that football is an unifying agent and a source of national strength in difficult times.

“With fans gradually being allowed to enter the stadium, we are optimistic that our partnership will offer an ideal solution for our mutual benefit,” he said.