FAM GENAP 95 TAHUN HARI INI

2021-09-11

Persatuan Bolasepak Malaysia atau lebih dikenali sebagai FAM asalnya ditubuhkan sebagai Malayan Football Association (MFA) pada 11 September, 1926 dalam satu persidangan di Padang Kelab Selangor.

Lima persatuan negeri, iaitu Selangor, Perak, Melaka, Negeri Sembilan dan Singapura, menjadi pengasas MFA selepas kelompok pemimpin negeri berkenaan memikirkan satu badan pengawal selia aktiviti bola sepak di Persekutuan Tanah Melayu perlu diwujudkan.

Mereka menganggap satu badan induk diperlukan untuk mengawal selia aktiviti domestik dan antarabangsa memandangkan jawatankuasa penganjuran pertandingan Piala HMS Malaya yang diperkenalkan pada 1921 hanya bertanggungjawab terhadap saingan itu.

Akhirnya ahli jawatankuasa itu memutuskan untuk mewujudkan MFA ketika bersidang di Singapura pada 1925.

Presiden pertama MFA ialah John Middleton Sime, seorang akauntan berbangsa Scotland yang juga keluarga pengasas konglomerat Sime Darby. Beliau dipilih pada 11 September 1926, tarikh tertubuhnya MFA dan titik mula pengkisahan badan induk bola sepak negara yang genap berusia 95 tahun pada hari ini.

Seterusnya pada 1932, MFA telah ditukar namanya kepada Football Association of Malaya (FAM) dengan Sir Andrew Caldecott dilantik sebagai presiden, manakala setiausaha Singapura FA (SAFA) W.W Dean menjadi setiausaha kehormat.

Presiden FAM bersilih ganti disebabkan pemilihan dibuat setiap tahun setiap kali Piala HMS Malaya dianjurkan. Pegawai kerajaan British, J.J. Sheehan, dipilih pada 1936, diikuti Dr J.A. Webster pada 1937 dan Adrian Clarke pada 1939 sebelum ibu pejabat FAM dipindahkan ke Kuala Lumpur dari Singapura pada 1940 apabila A.R. Singam menjadi orang bukan Eropah untuk memegang jawatan setiausaha kehormat. Seterusnya jawatan presiden pasca perang dunia kedua diisi pula oleh J.E. King pada 1947 apabila FAM dihidupkan semula selepas perang. Ketua Pegawai Kebajikan Tanah Melayu, C.P Rawson menjadi presiden pada 1950.

Pada 1951, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, menjadi warga tempatan pertama menerajui FAM dan seterusnya menjadi pendukung utama dalam pembentukan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) pada 1954.

Kejayaan menganjurkan Pestabola Merdeka bermula 1957 selain memperkenalkan Kejohanan Remaja Asia menjadikan FAM sebagai persatuan unggul disusuli dengan kejayaan pasukan Persekutuan Tanah Melayu memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1962.

Pada 1961, ibu pejabat FAM setinggi tujuh tingkat di Birch Road (kini Jalan Maharajalela) di Kuala Lumpur dibina dengan kos RM317,000 dan dirasmikan pada 7 Disember oleh Tunku Abdul Rahman yang juga Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Sejajar penubuhan negara Malaysia, FAM telah dinamakan semula sebagai Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) secara rasmi pada 1964.

Era 1970-an menjadi saksi kegemilangan pasukan bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya dengan Malaysia layak ke Sukan Olimpik di Munich 1972, memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1974, layak ke pusingan akhir Piala Asia AFC 1976 dan layak ke Sukan Olimpik Moscow 1980 tetapi Kerajaan Malaysia memulau temasya itu. Malaysia turut layak ke Piala Asia AFC 1980.

Pada 1979, FAM berpindah ke bangunan baharu Wisma FAM berharga RM1.87 juta di Sungai Way-Subang yang kini dikenali sebagai Kelana Jaya, manakala setiausaha kehormat, Dato’ Kwok Kin Keng, melepaskan jawatan yang dipegang sejak 1952 akibat masalah kesihatan.

Seterusnya pada 1984, Almarhum Sultan Ahmad Shah dipilih sebagai presiden FAM, Tan Sri Hamzah kembali sebagai naib presiden. Pasukan pelapis yang diberi nama Harimau diwujudkan pada 1983 dan Kevin Keegan membuat penampilan sebagai jurulatih Harimau pada Pestabola Merdeka 1984.

Bermula 1989, Liga semi-pro telah dilancarkan pada 5 Mei dengan disertai sembilan pasukan – Pahang, Selangor, Singapura, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kedah, Sarawak, Kelantan dan Johor dalam Divisyen Satu manakala lapan pasukan – Melaka, Angkatan Tentera, Negeri Sembilan, Perlis, Perak, Terengganu, Brunei dan Sabah dalam Divisyen Dua.

Liga Semi-Pro kemudian bertukar status kepada liga profesional pada 1994 dan era 1990-an itu pada penghujungnya menyaksikan FAM menjadi tuan rumah Piala Dunia Remaja FIFA 1997.

Era milenium bermula dengan Dato’ Dell Akbar Hyder Khan menjadi bekas pemain antarabangsa pertama yang dilantik sebagai setiausaha agung apabila menggantikan Dato’ Paul Mony Samuel pada 2000, disusuli pengenalan Liga Super, peringkat tertinggi pertandingan domestik yang dilancarkan pada 2004 dan FAM antara empat negara hos yang menganjurkan Piala Asia AFC 2007.

Kebangkitan Harimau Malaya bermula pada 2009 dengan skuad B-23 negara menamatkan kemarau panjang dengan merangkul pingat emas pada Sukan SEA Laos sebelum berjaya mempertahankannya pada Sukan SEA 2011 di Jakarta sementara skuad senior pula menjulang Piala Suzuki AFF buat kali pertama di Jakarta pada 2010.

Peralihan tampuk kepimpinan FAM bermula pada 2014 apabila Almarhum Sultan Ahmad Shah melepaskan jawatan presiden selepas 30 tahun di tampuk pemerintahan dan anakandanya, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dipilih sebagai presiden disusuli pada 2017, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pula dipilih sebagai presiden.

Sejarah tercipta buat FAM pada 2018 apabila Datuk Haji Hamidin bin Haji Mohd Amin dipilih sebagai presiden pertama dalam kalangan rakyat marhaen untuk dipilih menerajui FAM sehingga ke hari ini untuk memasuki penggal kedua beliau iaitu 2021 hingga 2025.

Dengan Peta Hala Tuju FAM, F:30 dilancarkan oleh presiden FIFA Gianni Infantino pada 2018, FAM kini dalam landasan untuk menuju ke arah misi menyertai kelompok lima negara terbaik Asia dari segi tadbir urus menjelang 2030.

Lima tahun sebelum FAM mencecah usia satu abad, kepimpinan badan induk sedang rancak mencipta legasi tersendiri – termasuk meletakkan batu asas kepada ibu pejabat baharu dan sebuah pusat latihan kebangsaan di Putrajaya sebagai pembangunan perkakasan dengan tujuan menggalakkan budaya prestasi tinggi dalam membangunkan modal insan, termasuk pasukan kebangsaan.

 

#FAM #HarimauMalaya #FAM95tahun

 

 

FAM TURNS 95 TODAY

2021-09-11

The Football Association of Malaysia, better known by its acronym FAM, was originally established as the Malayan Football Association (MFA) on September 11, 1926 in a meeting held at the Selangor Club.

Selangor, Perak, Malacca, Negeri Sembilan and Singapore, became the founding members of MFA after they decided to form a controlling for association football in Malaya.

The purpose was to regulate domestic and international football activities, as opposed to the HMS Malaya Cup committee which was in charge of the competition since it was introduced in 1921.

So in 1925, the association football section of the HMS Malaya Cup delegates decided in Singapore to form the MFA.

John Middleton Sime, a Scottish accountant from the founding family of conglomerate Sime Darby, took the helm as the first MFA president on September 11, 1926 and so the seeds of a new beginning were sown.

Then in 1932, the MFA was renamed to Football Association of Malaya (FAM) with Sir Andrew Caldecott made president, while Singapore FA (SAFA) secretary W.W Dean becoming honorary secretary.

The practice then was for a committee to be elected on a yearly basis, with J.J.  Sheehan as president in 1936, followed by Dr. J.A.  Webster in 1937 and Adrian Clarke in 1939 before the headquarters was shifted to Kuala Lumpur in 1940 for A.R. Singam to head the office as the first non European to hold the secretary’s post. When FAM was revived after the war, J.E.  King became president in 1947 before C.P Rawson, the Chief Welfare Officer of Malaya, took over in 1950.

In 1951, the late Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, became the first Malayan to helm FAM as the governing body featured heavily behind the scenes in establishing Asian Football Confederation (AFC) in 1954.

The success of Merdeka Tournament inaugurated in 1957 and the introduction of the Asian Youth Championship, both the brainchild of Tunku Abdul Rahman, earned FAM respect across the world, along with a bronze medal in the 1962 Asian Games in Jakarta.

In 1961, the seven-storey headquarters named FAM House at Birch Road (now Jalan Maharajalela) in Kuala Lumpur was built at a cost of RM317,000 and inaugurated on December 7 by Tunku Abdul Rahman.

In line with the establishment of Malaysia, FAM was renamed as the Football Association of Malaysia (FAM) officially in 1964.

The 1970s was a glorious decade for the national football team, as they qualified for the 1972 Munich Olympics, bagging the 1974 Asian Games bronze medal, qualified for the 1976 AFC Asian Cup finals and earned a ticket to the 1980 Moscow Olympics which was boycotted due to the Government’s directive in protest of Soviet Union’s annexation of Afghanistan.

In 1979, FAM moved to the new Wisma FAM building worth RM1.87 million in Sungai Way-Subang which is now known as Kelana Jaya. The same year Dato’ Kwok Kin Keng, honorary secretary of FAM since 1952, called it a day due to health reasons.

Next in 1984, the late Sultan Ahmad Shah was elected FAM president, while Tan Sri Hamzah Abu Samah was returned as vice -president. A year earlier the back-up squad named The Tigers was formed, with Kevin Keegan making a guest appearance as the Tigers coach in the 1984 Merdeka Tournament.

The semi-pro league was launched on May 5 1989, featuring nine teams- Pahang, Selangor, Singapore, Kuala Lumpur, Penang, Kedah, Sarawak, Kelantan and Johor in Division One while eight teams - Melaka, Armed Forces, Negeri Sembilan, Perlis, Perak, Terengganu, Brunei and Sabah competed in Division Two.

The league turned professional in 1994 and three years later FAM hosted the 1997 FIFA Youth World Cup.

The millennium began with Dato’ Dell Akbar Hyder Khan becoming the first former international player to be appointed general secretary in 2000, succeeding long-serving Dato’ Paul Mony Samuel. The Super League, the top tier of the domestic competition, was launched in 2004. In 2007, Malaysia was one of four host countries to stage the 2007 AFC Asian Cup.

The Tiger in Harimau Malaya awoke in 2009 with the national U-23 squad ending a long drought by bagging the gold medal in the 2009 Laos SEA Games and successfully defending the gold in Jakarta 2011. In between, Dato’ K. Rajagobal’s men lifted the 2010 AFF Suzuki Cup in Jakarta.

The transition of FAM leadership began in 2014 when Sultan Ahmad Shah relinquished the presidency he had held with such esteem for three decades and his son, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah was elected president. In 2017, Tunku Ismail Sultan Ibrahim was elected president.

Datuk Haji Hamidin bin Haji Mohd Amin created history by being the first commoner to be installed as the FAM president. He is now in his second term.

Having introduced the FAM Roadmap, F:30 which was launched by FIFA president Gianni Infantino in 2018, FAM is now on track to be among the top five member countries in terms of governance in Asia by the year 2030.

Five years before FAM celebrates its centenary, the leadership is working overtime to leave a legacy of their own, including laying down the foundations of a new headquarters and a national training centre in Putrajaya as major components in creating the desired high-performance culture not only for the workforce but ultimately the national team.

 

#FAM #HarimauMalaya #FAM95tahun