Hari 2: Piala Futsal Kebangsaan FAM-FELDA 2015

Hari kedua Grand Final Liga Futsal Kebangsaan FAM-FELDA 2015 merebut Piala Futsal Kebangsaan FAM-FELDA 2015 di Stadium Kompleks Sukan Negara (Panasonic) Shah Alam, hari ini menyaksikan tiga pasukan wanita berjaya mengesahkan tempat ke separuh akhir.

 Bagi Kumpulan A, dua slot ke separuh akhir menjadi milik MPSJ FC dan juara Liga Futsal Kebangsaan FAM-FELDA, Selangor apabila masing-masing berjaya mencatat kemenangan kedua.

 MPSJ FC yang membelasah PDRM 8-2 semalam meneruskan rentak garang apabila membenam Kuala Lumpur 9-4, hari ini.

 Selangor yang menewaskan Kuala Lumpur 6-1 semalam berjaya mengekalkan momentum dengan membelasah pula PDRM 5-1, hari ini.

 Perlawanan terakhir esok bakal menentukan pasukan mana bergelar juara Kumpulan A apabila MPSJ FC dan Selangor dijadual bertemu jam 11 pagi manakala pertembungan Kuala Lumpur dan PDRM sudah tidak membawa makna buat kedua-dua pasukan.

 Bagi Kumpulan B, Felda United FC menempah tempat ke separuh akhir selepas menewaskan Kedah 3-1, hari ini untuk kemenangan kedua berturut mereka selepas menundukkan Perak 4-1, semalam.

 Satu lagi slot kini menjadi rebutan Sabah dan Kedah.

 Sementara itu, bagi kategori lelaki, saingan merebut slot ke separuh akhir di kalangan kedua-dua kumpulan masih terbuka dan perlawanan terakhir esok bakal menentukan empat pasukan terbaik untuk mengisi slot berkenaan.

 

KEPUTUSAN HARI INI

 

LELAKI KUMPULAN A

 

FELDA UNITED FC 4

Azri Rahman m-1 & m-1,

Saiful Nizam Ali m-19 & m-29

MELAKA 2

Shamar Fadzil m-25,

Adni Abdul Hadi m-32

 

MPSJ FC 2

Aidil Shahril Rosli m-5,

Noor Badruzzaman Noor Azlan m-31

SELANGOR 2

Khairul Effendy Bahrin m-18,

Azrisham Mat Soom m-29

 

LELAKI KUMPULAN B

 

T-TEAM 0

PERAK 4

Fairooz Amannijas m-11 & m-12,

Safar Mohamad m-31,

Razin A Rahim m-36

 

KUALA LUMPUR MK 1

Ridhwan Zainal m-34

KEDAH 2

Shahrul Nizam Ag Hassan m-14 & m-23

 

KUMPULAN A (LELAKI)

P

M

S

K

J

B

MT

1. FELDA UNITED

2

1

1

0

9

7

4

2. SELANGOR

2

0

2

0

7

7

2

3. MPSJ FC

2

0

2

0

7

7

2

4. MELAKA

2

0

1

1

7

9

1

 

KUMPULAN B (LELAKI)

P

M

S

K

J

B

MT

1. KEDAH

2

1

1

0

4

3

4

2. PERAK

2

1

0

1

8

5

3

3. KUALA LUMPUR MK

2

1

0

1

6

6

3

4. T-TEAM

2

0

1

1

2

6

1

 

 

WANITA KUMPULAN A

 

SELANGOR 5

Fasrina Amira Amir Hamzah m-23,

Nur Izzati Khairudin m-29,

Rina Jordana Adnan m-30,

Zur’ain Kamaruddin m-35 & m-38

PDRM 1

Norhanisa Yahya m-35

 

MPSJ FC 9

Steffi Sarge Kaur m-1, m-23, m-37 & m-37,

Fatin Shahida Azmi m-3 & m-16,

Nor Azura Ibrahim m-16,

Naziratul Amira Nazri m-35,

Nur Shazreen Munazli m-36

KUALA LUMPUR 4

Atin Surang m-13,

Norsuriani Mazli m-18,

Noor Hedayah Md Amin m-19,

Masyita Tajid m-22

 

WANITA KUMPULAN B

 

FELDA UNITED FC 3

Norhawa Md Yasin m-6,

Farah Najihah Abdul Aziz m-21,

Farahiyah Ridzuan m-27

KEDAH 1

Nuraiin Shafika Omar m-6

 

SABAH 4

Eslilah Esar m-18,

Shereilynn Elly Pius m-37 & m-38,

Usliza Usman m-38

PERAK 0

 

KUMPULAN A (WANITA)

P

M

S

K

J

B

MT

1. MPSJ FC *

2

2

0

0

17

6

6

2. SELANGOR *

2

2

0

0

11

2

6

3. KUALA LUMPUR

2

0

0

2

5

15

0

4. PDRM

2

0

0

2

3

13

0

 

KUMPULAN B (WANITA)

P

M

S

K

J

B

MT

1. FELDA UNITED *

2

2

0

0

7

2

6

2. SABAH

2

1

1

0

6

2

4

3. KEDAH

2

0

1

1

3

5

1

4. PERAK

2

0

0

2

1

8

0

 

JADUAL ESOK (RABU, 10 JUN)

 

11.00 pg: MPSJ FC lwn Selangor (WANITA KUMPULAN A)

12.30 tgh: Kuala Lumpur lwn PDRM (WANITA KUMPULAN A)

2.00 ptg: Sabah lwn Felda United FC (WANITA KUMPULAN B)

3.30 ptg: Perak lwn Kedah (WANITA KUMPULAN B)

5.00 ptg: MPSJ FC lwn Felda United FC (LELAKI KUMPULAN A)

6.30 ptg: Selangor lwn Melaka (LELAKI KUMPULAN A)

8.00 mlm: Kedah lwn Perak (LELAKI KUMPULAN B)

9.30 mlm: Kuala Lumpur MK lwn T-Team (LELAKI KUMPULAN B)

J Category: 
article/futsal