Hari 3: Piala Futsal Kebangsaan FAM-FELDA 2015

Hari ketiga Grand Final Liga Futsal Kebangsaan FAM-FELDA 2015 merebut Piala Futsal Kebangsaan FAM-FELDA 2015 di Stadium Kompleks Sukan Negara (Panasonic) Shah Alam, hari ini menyaksikan Selangor dan Felda United FC mempunyai wakil di separuh akhir bagi kedua-dua kategori.
 
 Bagi kategori lelaki, Felda United FC muncul juara Kumpulan A selepas menewaskan MPSJ FC 5-2 untuk mengumpul tujuh mata hasil dua menang dan sekali seri.
 
 Selangor mengiringi mereka selepas seri 3-3 dengan Melaka untuk mengumpul tiga mata hasil tiga seri, mengatasi Melaka (2 mata) dan MPSJ FC (2 mata).
 
 Turut ke separuh akhir ialah Perak dan Kuala Lumpur MK dari Kumpulan B apabila masing-masing mencatat kemenangan kedua dengan menewaskan Kedah 5-3 dan T-Team 3-2 untuk mengumpul enam mata, mengatasi Kedah (4 mata) dan T-Team (1 mata).
 
 Sementara itu, bagi kategori wanita, Sabah muncul pasukan terakhir mara ke separuh akhir selepas Selangor, MPSJ FC dan Felda United FC sudah mengesahkan kemaraan lebih awal, semalam.
 
 Selangor bergelar juara Kumpulan A selepas menewaskan MPSJ FC 2-1 untuk mengumpul sembilan mata maksimum manakala MPSJ di tangga kedua dengan enam mata, mengatasi Kuala Lumpur, 3 mata dan PDRM tanpa sebarang mata.
 
 Sabah pula muncul juara Kumpulan B selepas menundukkan Felda United FC 2-1 untuk mengumpul tujuh mata mengatasi Felda United di tangga kedua dengan enam mata manakala Kedah ketiga dengan empat mata dan Perak keempat tanpa sebarang mata.
 
 Saingan separuh akhir berlangsung, esok (Khamis).
 
KEPUTUSAN HARI INI
 
LELAKI KUMPULAN A
 
MPSJ FC 2
Syed Aizad Daniel Syed Nasir m-17,
Shamsul Akmar Zamri m-32
FELDA UNITED FC 5
Azwann Ismail m-6 & m-34,
Akmal Yazadh Amri m-9,
Fitri Yatim m-28,
Abu Hanifa Hassan m-33
 
SELANGOR 3
Ahmad Hanif Sarman m-11,
Saiful Aula Ahmad m-27 & m-32
MELAKA 3
Muzhaffar Tahar m-19 & m-34,
Azrol Hairun m-35
 
LELAKI KUMPULAN B
 
KEDAH 3
Fazrul Maidin m-13,
Akmarul Nizam Idris m-27,
Amar Ashraf Abu Bakar m-36
PERAK 5
Faizul Azuan Ramli Sharip m-19 & m-22,
Razin A Rahim m-28,
Afendi Bonyamin m-35,
Zamiruddin Jalaluddin m-38
 
KUALA LUMPUR MK 3
T-TEAM 2
 

KUMPULAN A (LELAKI)

P

M

S

K

J

B

MT

1. FELDA UNITED *

3

2

1

0

14

9

7

2. SELANGOR *

3

0

3

0

10

10

3

3. MELAKA

3

0

2

1

10

12

2

4. MPSJ FC

3

0

2

1

9

12

2

 

KUMPULAN B (LELAKI)

P

M

S

K

J

B

MT

1. PERAK *

3

2

0

1

13

8

6

2. KUALA LUMPUR MK *

3

2

0

1

9

8

6

3. KEDAH

3

1

1

1

7

8

4

4. T-TEAM

3

0

1

2

4

9

1

 
WANITA KUMPULAN A
 
MPSJ FC 1
Nur Shazreen Munazli m-21
SELANGOR 2
Zur'ain Kamarudin m-2,
Nur Izzati Khairudin m-13
 
KUALA LUMPUR 5
Malini Nordin m-9,
Noor Hedayah Md Amin m-14,
Masyita Tajid m-15 & m-37,
Atin Surang m-30
PDRM 1
Angela Kais m-31
 
WANITA KUMPULAN B
 
SABAH 2
Dedree Rofinus m-13 & m-21,
FELDA UNITED FC 1
Farahiyah Ridzuan m-22
 
PERAK 0
KEDAH 1
Nur Atiqah Abdul Wahab m-12
 

KUMPULAN A (WANITA)

P

M

S

K

J

B

MT

1. SELANGOR *

3

3

0

0

13

3

9

2. MPSJ FC *

3

2

0

1

18

8

6

3. KUALA LUMPUR

3

1

0

2

10

16

3

4. PDRM

3

0

0

3

4

18

0

 

KUMPULAN B (WANITA)

P

M

S

K

J

B

MT

1. SABAH *

3

2

1

0

8

3

7

2. FELDA UNITED *

3

2

0

1

8

4

6

3. KEDAH

3

1

1

1

4

5

4

4. PERAK

3

0

0

3

1

9

0

 
JADUAL SEPARUH AKHIR, KHAMIS 11 JUN
 
2.00 ptg: SELANGOR lwn FELDA UNITED FC (Wanita)
4.00 ptg: SABAH lwn MPSJ FC (Wanita)
6.00 ptg: FELDA UNITED FC lwn KUALA LUMPUR MK (Lelaki)
8.00 mlm: PERAK lwn SELANGOR (Lelaki)
 
J Category: 
article/futsal