HARI FAM BERSAMA MEDIA MERIAH

HARI FAM BERSAMA MEDIA MERIAH

Hari FAM Bersama Media 2012 telah berlangsung di Wisma FAM di Kelana Jaya pada 15 Januari lalu.

Kira-kira 500 orang yang terdiri daripada staf FAM, rakan-rakan dari Media dan orang ramai memeriahkan kanival yang julung kali diadakan ini.

Pemimpin-pemimpin FAM yang hadir adalah Naib Presiden FAM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Media dan Perhubungan Awam FAM, Dato’ Sri Subahan Kamal, Naib Presiden FAM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Hari FAM Bersama Media, Dato’ Hamidin Mohd Amin dan Setiausaha Agung FAM, Lt. Jen Dato’ Azzuddin Ahmad (Bersara).

J Category: 
article/latest-news