Harimau Malaya diundi dalam Kumpulan A

Skuad kebangsaan Malaysia telah diundi dalam Kumpulan A bersama pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Palestin dan Timor Leste bagi pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018.

Harimau Malaya akan memulakan Pusingan Pertama Kelayakan dengan menentang Timor Leste (11 Jun 2015), Palestin (16 Jun 2015), UAE (3 September 2015) dan Arab Saudi (8 September 2015).

Pusingan Kedua pula akan dimulakan dengan menentang Timor Leste (13 Oktober 2015), Palestin (12 November 2015), UAE (17 November 2015) dan Arab Saudi (24 Mac 2016).

Juara kumpulan dan empat pasukan terbaik di tangga kedua kumpulan (12 pasukan) akan melangkah ke pusingan akhir Piala Asia 2019 (bersama UAE selaku Tuan Rumah) dan pusingan akhir kelayakan Piala Dunia 2018.

KUMPULAN A

Emiriah Arab Bersatu (UAE)

Arab Saudi

Palestin

Timor Leste

Malaysia

PUSINGAN PERTAMA

11 Jun 2015

Malaysia lawan Timor Leste

16 Jun 2015

Malaysia lawan Palestin

3 September 2015

UAE lawan Malaysia

8 September 2015

Malaysia lawan Arab Saudi

PUSINGAN KEDUA

13 Oktober 2015

Timor Leste lawan Malaysia

12 November 2015

Palestin lawan Malaysia

17 November 2015

Malaysia lawan UAE

24 Mac 2016

Arab Saudi lawan Malaysia

*Venue perlawanan akan diumumkan oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC)

Kredit Foto: Berita Harian

J Category: 
article/latest-news