Harimau Muda A

16 Dis.- Harimau Muda A yang akan bertanding dalam Liga Super tahun depan menewaskan Pos Malaysia 2-0, dalam perlawanan yang berlangsung di Padang MSN.

Walaupun tanpa kelibat 6 pemain yang berlepas ke Hanoi semalam untuk separuh akhir AFF Suzuki Cup, Harimau Muda A berjaya mengawal keseluruhan permainan. Belum pun sampai 1 minit permainan, Mohd Fandi B Othman menyambut umpanan Syahrul Azwari B Ibrahim untuk merembat kencang ke gawang Pos Malaysia.

J Category: 
uncategorised8