Harimau Muda B bakal menentang pasukan Kemboja B-23

Skuad Harimau Muda B bimbingan ketua jurulatih Razip Ismail bakal menerima kunjungan pasukan Sukan SEA 2015 Kemboja yang akan mengadakan dua aksi perlawanan persahabatan sepanjang minggu ini.

Kemboja bakal menentang Harimau Muda B pada hari Rabu (29 April 2015) di Stadium UiTM Shah Alam pada pukul 8.00 malam dan juga pada hari Jumaat (1 Mei 2015) bertempat di padang Wisma FAM, Kelana Jaya pada pukul 4.45 petang.

Kemasukan adalah percuma bagi kedua-dua perlawanan.

J Category: 
uncategorised8