Harimau Muda C menang kali ke-9

Skuad Harimau Muda C kendalian jurulatih Hassan Sazali Mohd Waras mencatat kemenangan selesa apabila menewaskan MFK Dubnica nad Vahom B-19 3-0 pada aksi kesepuluh siri perlawanan di Slovakia, malam tadi.

Pasukan bawah 19 tahun negara selesa mendahului 2-0 pada babak pertama melalui gol-gol yang dijaringkan oleh Danial Ashraff Abdullah pada minit ke-12 dan Jafri Firdaus Chew pada minit ke-18.

Syamer Kutty Abba kemudiannya melengkapkan kemenangan kesembilan berturut-turut Harimau Muda C apabila meledak gol ketiga pada minit ke-51.

Pasukan bawah 19 tahun kebangsaan yang telah berjaya merekodkan sembilan kemenangan dan satu kekalahan daripada sepuluh aksi perlawanan, bakal menentang pasukan FK Lokomotiva Trnava  B-19, Selasa depan (21 Julai).

KOMEN JURULATIH HARIMAU MUDA C, HASSAN SAZALI MOHD WARAS

“Dalam perlawanan semalam saya telah membariskan pemain-pemain yang dalam rangka perancangan bagi menyenarai pendekkan pasukan  untuk Kejohanan AFF di Laos setelah semua pemain yang àda sekarang telah diberi peluang untuk bermain dalam perlawanan-perlawanan yang telah berlangsung setakat ini.

“Sepanjang perlawanan yang telah berlangsung, saya mengkhususkan setìap pemain boleh bermain sekurang-kurangnya bagi dua posisi yang berbeza bagi memudahkan persiapan taktikal pasukan di Kejohanan AFF kelak.

“Beliau (Jafri Firdaus Chew) antara dua pemain yang paling senior dalam pasukan selain daripada Dominic Tan yang telah dua tahun dalam pasukan dan pengalaman beliau bersama pasukan Harimau Muda A pada tahun lepas amat membantu pasukan. Dari segi persembahan, beliau semakin mendapat keyakinan diri dan sentuhan jaringannya semula setelah pulih dari kecederaan lepas.”

REKOD PERLAWANAN HARIMAU MUDA C DI SLOVAKIA SETAKAT INI

Tarikh

Perlawanan

2 Jun 2015

FC Horna Nitra B19 2-0 Harimau Muda C

9 Jun 2015

Harimau Muda C 3-1 Slovan Levice B19

16 Jun 2015

Spartak Myjava B19 0-3 Harimau Muda C

20 Jun 2015

Harimau Muda C 2-1 FKM Karlova Ves B19

23 Jun 2015

Vion Zlate Moravce B19 0-2 Harimau Muda C

30 Jun 2015

Harimau Muda C 4-0 Jaslovske Bohunice SK BL B19

4 Julai 2015

Inter Dubravka SKP B19 0-2 Harimau Muda C

7 Julai 2015

Harimau Muda C 5-1 FKM Nove Zamky B19

11 Julai 2015

MFK Topvar Topolcany B19 0-1 Harimau Muda C

14 Julai 2015

Harimau Muda C 3-0 MFK Dubnica nad Vahom B19

 

SENARAI PENJARING GOL HARIMAU MUDA C

Nama

Jumlah Jaringan

Muhammad Jafri Firdaus Chew

7

Kogileswaran Raj

3

Muhammad Shahrul Akmal Md Adnan

3

Mohamed Syamer Kutty Abba

3

Badrul Amin Rusalan

2

Nik Azli Nik Alias

2

Muhammad Danial Ashraf Abdullah

2

Mohd Yusri Mohd Farizat

1

Muhamad Rizalul Azuwan Supandri

1

Thipanraj Subramaniam

1

 

J Category: 
uncategorised8