Harimau Muda C tewas 2-0 kepada FC Horna Nitra B19

Skuad Harimau Muda C bimbingan jurulatih Hassan Sazali Mohd Waras tewas 2-0 kepada pasukan FC Horna Nitra B-19 pada aksi sulung siri perlawanan di Slovakia yang berlangsung di Stadium FC Vion, Zlate Moravce, malam tadi.

Selepas ini, pasukan B-19 negara bakal menentang pasukan yang menduduki tempat kelima Liga Divisyen II Slovakia, FK Slovan Levice B-19 Selasa depan (9 Jun).

Harimau Muda C dijadualkan untuk beraksi dalam 16 perlawanan menentang pasukan dari Liga Divisyen II Slovakia sehingga 11 Ogos 2015.

KOMEN JURULATIH HARIMAU MUDA C, HASSAN SAZALI MOHD WARAS

“Pada perlawanan pertama ini, pemain-pemain masih lagi mencari kesesuaian dari aspek intensiti, fizikal, taktikal dan cuaca yang berbeza.

“Tiada kecederaan dialami oleh mana-mana pemain saya walaupun berhadapan dengan pasukan yang mempunyai susuk tubuh fizikal yang lebih besar.

“Saya akan memperbaiki kelemahan pada perlawanan pertama ini supaya kita dapat memberi lebih saingan kepada pasukan FK Slovan Levice B-19 di dalam perlawanan seterusnya.”

J Category: 
uncategorised8