Harimau Muda C tumpaskan Vion Zlate Moravce B19 2-0

Skuad Harimau Muda C kendalian jurulatih Hassan Sazali Mohd Waras terus pamer rentak cemerlang apabila mencatat kemenangan keempat berturut-turut setelah menewaskan Vion Zlate Moravce B-19 2-0 pada aksi kelima siri perlawanan di Slovakia, malam tadi.

Penyerang berusia 18 tahun, Muhammad Jafri Firdaus Chew muncul wira apabila menjaringkan kedua-dua gol pada minit ke-5 dan minit ke-86.

Skuad B-19 negara itu yang telah berjaya merekodkan empat kemenangan dan satu kekalahan daripada lima perlawanan, bakal menentang pasukan Jaslovske Bohunice SK BL B-19, Selasa depan (30 Jun).

KOMEN JURULATIH HARIMAU MUDA C, HASSAN SAZALI MOHD WARAS

“Dari perlawanan menentang FC Vion U19 semalam, pasukan meneruskan rentak kemenangan yang ke empat berturut-turut. Dari keputusan ini, saya lihat pemain-pemain dalam pasukan sekarang bertambah yakin dengan kebolehan dan keupayaan yang mereka ada dalam asas permainan bolasepak (teknik, ketangkasan dan kepantasan) walaupun mendapat asakan dan tekanan daripada pihak lawan.

“Dalam dua perlawanan, beliau telah menjaringkan 4 gol. Dari sudut positifnya amat bagus kerana beliau baru sahaja diturunkan kembali dalam pasukan setelah mengalami kecederaan yang panjang pada tahun lepas. Saya berharap beliau akan meneruskan sentuhan-sentuhan jaringan ini dengan lebih baik pada perlawanan yang mendatang.”

J Category: 
uncategorised8