Harimau Muda C tundukkan FKM Karlova Ves B19 2-1

Skuad Harimau Muda C melebarkan rekod kemenangan kepada tiga perlawanan berturut-turut setelah mengatasi FKM Karlova Ves B-19 2-1 pada aksi keempat siri perlawanan di Slovakia, Sabtu lalu.

Jurulatih Hassan Sazali Mohd Waras menurunkan kesebelasan utama yang berbeza daripada barisan pemain-pemain yang berjaya mencatatkan kemenangan selesa 3-0 ke atas Spartak Myjava B-19 minggu lepas.

Penyerang Mohd Yusri Mohd Farizat memecah kebuntuan pada minit ke-37 dengan gol pendahuluan sebelum pemain tengah Kogileswaran Raj menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-89.

Malaysia yang telah berjaya mencatatkan tiga kemenangan dan satu kekalahan daripada empat aksi perlawanan, bakal menentang pasukan Vion Zlate Moravce B-19, Selasa ini (23 Jun).

KOMEN JURULATIH HARIMAU MUDA C, HASSAN SAZALI MOHD WARAS

“Pada perlawanan ini saya telah membariskan pemain-pemain yang tidak beraksi pada perlawanan menentang Spartak Myjava, dengan tujuan memberi peluang kepada semua pemain beraksi dan tidak hanya memfokuskan pada barisan utama sahaja.

“Mereka telah memberi saingan yang sihat dan positif dalam pasukan bagi merebut tempat dalam senarai utama. Dari aspek ini saya berharap agar prestasi dan eprsembahan pemain-pemain terus meningkat dari semasa ke semasa sebelum saya menyenaraikan 23 pemain yg akan beraksi pada Kejohanan AFF Bawah-19 pada 22 Ogos hingga 4 September di Vientiane, Laos nanti.”

J Category: 
uncategorised8