Harimau Muda A vs Johor FA (4-0)

Wisma FAM, 7 Jan- Setelah membolosi gawang Kelantan dan kelab dari Cambodia dengan 4 gol, Harimau Muda sekali lagi menjadikan Johor sebagai mangsa dengan 4 gol tanpa balas. Kubu Harimau Muda kelihatan terlalu kuat untuk ditembusi lawan. Izzaq Faris di jentera serangan pula rakus merebut peluang. Baru 2 minit perlawanan berlangsung Izzaq Faris menyudahkan hantaran Wan Zack Haikal yang berpunca hantaran jauh Mohd Fadhli Shas. 3 minit kemudian Izzaq Faris menambah jaringan hasil perebutan di depan pintu gol.

J Category: 
uncategorised8