Hasrat Terengganu tidak kesampaian

Hasrat Terengganu tidak kesampaian

Terengganu turun ke padang dengan hasrat untuk mengetuai Kumpulan F namun hasrat itu tidak kesampaian apabila tewas 0-2 kepada kelab Kitchee dari Hong Kong dalam perlawanan Piala AFC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu Selasa (20/3/12).

Terengganu, juara Piala FA musim lalu, mengharapkan kelebihan bermain di tempat sendiri untuk mengutip mata tetapi juara Hong Kong itu ternyata lebih handal sehingga berjaya menjaringkan gol pertama seminit sebelum masa rehat.

J Category: 
article/latest-news