INTERPRETASI LWN FAKTA SEBENAR II - SUBKHIDDIN

2017-04-25

Saya sangat bersyukur dengan perkembangan terkini dan perhatian yang diberikan oleh sebilangan peminat bola sepak tanahair. Sekalipun disindir dan dikecam dari pelbagai sudut khususnya di laman sosial, ianya secara tidak langsung menunjukkan kepada kita kekuatan personaliti seseorang pemain di kaca mata peminat bola sepak. Semoga kekuatan ini dapat digunakan secara positif oleh seseorang pemain sebagai ‘role model’ kepada mereka yang lain.

Isu yang diperkatakan oleh sesetengah pihak dengan merujuk kepada insiden dalam perlawanan T-Team lwn Kedah (15/04/2017), dan seterusnya dibuatkan pula perbandingannya dengan insiden yang berlaku semasa perlawanan Suku Akhir Kedua Piala FA, JDT lwn Pahang (23/04/2017).

Untuk kedua-dua insiden berkenaan, saya berasa sangat selesa kerana sekurang-kurangnya FAM telah berjaya memberikan sumbangan secara konstruktif kepada semua pihak untuk tampil berfikir melalui fakta, pertimbangan (consideration) dan interpretasi yang perlu diguna pakai sebelum membuat sesuatu keputusan. Saya dapati kebanyakan peminat telah dapat membuat penilaian yang sewajarnya berdasarkan kepada insiden yang pertama sekalipun mereka mendesak sebaik perlawanan berakhir supaya pihak Jawatankuasa Pengadil FAM untuk membuat penjelasan segera.

Keputusan yang kritikal tidak boleh terburu-buru untuk disiarkan secara terbuka untuk tatapan ramai kerana ianya memerlukan kesabaran dan ketelitian ‘disiplin ilmu’ dalam bidang pengadilan.

Saya sedikit kecewa apabila terdapat segelintir pihak yang melakukan provokasi dengan menyiarkan pendapat tanpa mendapatkan pandangan daripada pihak FAM yang seharusnya menjadi rujukan terlebih dahulu. Akibat daripada sikap terburu-buru untuk menarik sokongan, mereka telah secara cuai menggunakan ‘Laws of The Game’ dari versi yang telah ‘dijumudkan’ tanpa rasa bersalah terhadap perkara yang mereka siarkan kepada umum.

Serious foul play / Violent conduct

Sedikit penjelasan dan juga peringatan mudah untuk tatapan umum. Pemain yang berusaha untuk memenangi kawalan terhadap bola (challenge for the ball) berkemungkinan hanya melakukan kesalahan ‘careless, reckless or excessive force (serious foul play)’, manakala pemain yang melakukan perbuatan ‘retaliation’ sudah tentu akan dikategorikan sebagai telah melakukan kesalahan yang lebih serius iaitu, berkelakuan ganas (violent conduct). Perlu diingatkan juga bahawa hukuman yang diperuntukkan di dalam peraturan pertandingan (competition rule) adalah berbeza di antara dua jenis kesalahan ini.

Bagaimanapun, rumusan yang dapat saya perkatakan setelah berlakunya dua insiden yang berlaku sebelum ini adalah; sebahagian besar peminat telah berjaya memahami konsep kesalahan seseorang pemain yang melakukan perbuatan bertindak balas ‘retaliation’. Semoga insiden seperti ini tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan.

Piala FA Suku Akhir Kedua;  JDT lwn Pahang

Decisions of the referee. (Page; 45)

“Decisions will be made to the best of the referee`s ability according to the Laws

of the Game and the ‘spirit of the game’ and will be based on the opinion of the

referee who has the discretion to take appropriate action within the framework

of the Laws of the Game.”

Berdasarkan kepada perenggan di atas, pihak jawatankuasa penilai pengadil FAM, bersetuju bahawa Pengadil pada perlawanan ‘JDT lwn Pahang’, telah tersalah tafsir apabila gagal mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemain yang bersalah.

Terdapat dua kesalahan yang berlaku seolah-olah seperti mengulangi situasi yang hampir sama yang telah berlaku dalam perlawanan ‘T-Team lwn Kedah’. Sekalipun situasi ‘challenge’ yang dilakukan adalah berbeza tetapi konsep untuk mengambil tindakan disiplin terhadap pemain yang melakukan kesalahan adalah sama.

•             Pada kali ini pemain Pahang (No 26) telah terlebih dahulu melakukan ‘reckless -  challenge/tackles’ terhadap pemain JDT ( No 4).

•             Pemain JDT(4), seterusnya telah bertindak balas ‘retaliation’ terhadap pemain Pahang (No 26).

•             Beliau telah ‘kicks or attempt to kick an opponent’. Perbuatan tersebut dilakukan semasa bola di luar masa permainan dan bukannya disebabkan ‘misjudged situation’ sewaktu melakukan ‘challenge for the ball’ seperti yang dilakukan oleh pemain Pahang (No 26).

•             Pengadil pada ketika ini berada pada posisi yang terlindung dan tidak dapat membuat keputusan yang tepat. Untuk itu beliau memerlukan bantuan daripada Penolong Pengadil 1 dan pegawai keempat untuk mengesahkan perbuatan yang dilakukan oleh pemain JDT (No 4) terhadap pemain Pahang (No 26). Bagaimanapun, kedua-dua pegawai tersebut gagal memberikan bantuan yang sewajarnya seperti yang diperlukan.

Selain itu, Jawatankuasa Penilai Pengadil yang bermesyuarat pada 25/04/2017, juga sangat kesal apabila Pengadil bukan sahaja gagal mengambil tindakan terhadap kesalahan tersebut, malah lebih malang lagi apabila ‘kumpulan pengadil’ yang terdiri daripada Pengadil, Penolong Pengadil 1 dan Pegawai Keempat gagal mengenal pasti kesalahan yang dilakukan oleh dua lagi pemain dari pasukan yang berbeza, iaitu;

•             Pemain Pahang (No 29), telah menendang pemain JDT (No 4) ketika pemain tersebut terbaring di atas padang, dan

•             Pemain JDT (No 21), menendang pemain Pahang (No 29) susulan tidak berpuas hati dengan tindakan pemain Pahang (No 29).

Jawatankuasa Penilai Pengadil bersependapat bahawa kedua-dua pemain tersebut telah bersalah kerana berkelakuan ganas (violent conduct) dan perlu dikenakan tindakan disiplin iaitu perintah keluar (Kad Merah).

Kesalahan di dalam kawasan penalti

Direct free kick. (Page; 81)

A direct free kick is awarded if a player commits any of the following offences against an opponent in a manner considered by the referee to be careless, reckless or using excessive force:

• charges

• jumps at

• kicks or attempts to kick

• pushes

• strikes or attempts to strike (including head-butt)

• tackles or challenges

• trips or attempts to trip

If an offence involves contact it is penalised by a direct free kick or penalty kick.

Berdasarkan kepada perenggan di atas, pihak jawatankuasa penilai pengadil FAM, bersetuju bahawa Pengadil pada perlawanan ‘JDT lwn Pahang’, telah tersalah tafsir apabila gagal mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemain yang melakukan kesalahan ‘tackles or challenge’ didalam kawasan penalti terhadap pemain JDT (No 22).

•             Pemain JDT (No 22), yang bergerak dari luar kawasan penalti telah berjaya melepasi dua orang pemain Pahang sebelum pergerakannya terhenti di dalam kawasan penalti disebabkan kesalahan yang dilakukan oleh pemain Pahang (No 19).

•             Jawatankuasa bersetuju bahawa Pemain Pahang (No 19), dalam usahanya untuk memenangi kawalan ke atas bola telah tersalah agakkan sehingga secara ‘careless’ telah melakukan sentuhan fizikal terhadap pemain lawan yang menyebabkan pergerakan pemain JDT (No 22) tersebut terhenti (if an offence involves contact it is penalised by a direct free kick or penalty kick). Dalam insiden ini pemain Pahang (No 19), jelas tidak menyentuh bola sama sekali, sebaliknya ‘challenge-tackle’ beliau telah secara langsung menyentuh pemain lawan secara ‘careless’ dan melebihi dari tahap yang sepatutnya.

•             Selain daripada sepakan penalti, pemain Pahang (No 19) juga perlu dikenakan tindakan disiplin Kad Kuning disebabkan ‘commits a foul to interfere with or stop a promising attack’. (page; 85-86, bullet no.4)

•             Bagaimanapun Kad Kuning untuk tindakan ‘commits a foul or handles the ball to interfere with or stop a promising attack except where the referee awards a penalty kick for an offence which was an attempt to play the ball’ seperti yang dilakukan oleh pemain ini tidak lagi akan diambil kira mulai dari 1 Jun 2017, memadai hanya dengan pengadil menghentikan permainan dan sepakan penalti diberikan kepada pasukan yang tidak bersalah.

Cautions for unsporting behaviour. (Page; 85-86)

There are different circumstances when a player must be cautioned for unsporting behaviour including if a player:

• attempts to deceive the referee e.g. by feigning injury or pretending to have been fouled (simulation)

• changes places with the goalkeeper during play or without the referee’s permission

• commits in a reckless manner a direct free kick offence

• commits a foul or handles the ball to interfere with or stop a promising attack

• handles the ball in an attempt to score a goal (whether or not the attempt is successful) or in an unsuccessful attempt to prevent a goal

• makes unauthorised marks on the field of play

• plays the ball when leaving the field of play after being given permission to leave

• shows a lack of respect for the game

• uses a deliberate trick to pass the ball (including from a free kick) to the goalkeeper with the head, chest, knee etc. to circumvent the Law, whether or not the goalkeeper touches the ball with the hands

• verbally distracts an opponent during play or at a restart

Risiko perlawanan berprofil tinggi

Semua perlawanan adalah sangat penting, bagaimanapun, kumpulan Pengadil yang dilantik untuk mengendalikan sesuatu perlawanan ‘berprofil tinggi’ amat menyedari, ianya bukanlah satu tugas mudah. Untuk itu, kajian terhadap corak permainan, persediaan untuk memahami ‘characteristic’ pemain dan sesuatu pasukan secara keseluruhannya perlu dilakukan sebelum mereka memasuki ‘gelanggang’ terakhir untuk memberikan persembahan terbaik seperti yang diharapkan oleh semua pihak. Kesilapan ‘ketara’ pasti akan mengundang padah dan masalah besar kepada mereka. Jawatankuasa amat menghargai sumbangan yang mereka berikan dan memahami kesilapan yang berlaku adalah semata-mata ‘honest mistake’  dan bukannya perancangan seperti yang diperkatakan.

Decisions of the referee. (Page; 45)

“Decisions will be made to the best of the referee`s ability according to the Laws

of the Game and the ‘spirit of the game’ and will be based on the opinion of the

referee who has the discretion to take appropriate action within the framework

of the Laws of the Game.”

Berdasarkan sekali lagi kepada perenggan di atas, saya ingin menegaskan bahawa bukan semuanya keputusan yang diberikan oleh Pengadil, sama ada di dalam mahupun luar negara itu adalah betul. Keputusan yang diberikan oleh mereka juga perlu melalui proses penilaian semula sekiranya terdapat kekurangan. Untuk mendapatkan keputusan yang terbaik maka jawatankuasa penilai mereka juga akan meneliti setiap pertimbangan (consideration) yang sewajarnya sebelum memutuskan sesuatu keputusan tersebut berdasarkan kepada konsep yang diguna pakai secara konsisten di seluruh dunia.

Saya berharap penjelasan ini akan dapat memberikan sedikit gambaran dan pencerahan kepada semua pihak. Saya juga berharap agar setiap mereka yang terlibat dengan bolasepak dan bernaung di bawah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan lebih bertanggungjawab dalam setiap perkara dan isu yang mereka ingin tonjolkan.

Kepada mereka yang memiliki laman sosial samada secara individu mahupun untuk kelab penyokong, perlulah bersikap jujur dalam usaha kita untuk mendidik ‘keluarga bola sepak Malaysia’ agar berkembang sebagai masyarakat yang berilmu dan bertanggungjawab. Kini adalah masa terbaik untuk kita memperbaiki masa hadapan bolasepak Malaysia. Oleh itu, jauhilah sifat dan hasad iri hati, berbaik sangkalah dengan memandang ke hadapan. 

 

SUBKHIDDIN HAJI MOHD SALLEH

PENGERUSI JAWATANKUASA PENGADIL

PERSATUAN BOLASEPAK MALAYSIA (FAM)

25 APRIL 2017