Jadual Perlawanan Separuh Akhir Piala FA 2015

Pasukan juara bertahan bimbingan ketua jurulatih, Zainal Abidin Hassan, Pahang bakal menyambut kedatangan pasukan Kelantan di Stadium Darul Makmur pada hari Sabtu (9 Mei 2015) bagi separuh akhir pertama sebelum bertandang ke Stadium Sultan Mohammad ke-IV pada hari Sabtu (16 Mei 2015) bagi separuh akhir kedua.

Pasukan Terengganu pula bakal berkunjung ke Stadium Jalan Besar bagi menentang pasukan dari Negara jiran, LionsXII pada pada hari Sabtu (9 Mei 2015) bagi separuh akhir pertama kerana stadium tersebut akan ditutup pada 15 Mei 2015 untuk persiapan Sukan SEA yang bakal menjelang. Separuh akhir kedua pula akan diadakan pada hari Sabtu (16 Mei 2015) di Stadium Sultan Nasiruddin Syah, Terengganu.

Perlawanan akhir dijadualkan pada hari Sabtu (23 Mei 2015) di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

J Category: 
article/latest-news