
Jangan leka- Kim Swee
“Jangan puas hati dengan kemenangan itu” – Begitulah pesanan Ketua Jurulatih Skuad Bawah Umur 23 tahun negara, Ong Kim Swee kepada barisan pemainnya.
Kim Swee tidak mahu anak buahnya mendabik dada dengan kemenangan 2-1 ke atas Thailand dalam perlawanan bolasepak Kumpulan A pada Rabu (9/11/11) hingga leka untuk berhadapan dengan Kemboja pada Ahad ini (13/11/11).
Kim Swee, yang nyata lega dengan kemenangan tersebut, berkata kejayaan menewaskan Thailand melonjakkan semangat pemain setelah seri tanpa jaringan kepada Singapura, pada perlawanan Kumpulan A Pertandingan Bolasepak Sukan SEA, Isnin lepas (7/11/11).
J Category:
article/latest-news