JDT kembali rampas tangga teratas Liga Super

Juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) kembali merampas tangga teratas Liga Super daripada Pahang selepas berjaya menewaskan Perak 4-1 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada perlawanan ke-21, malam tadi.
 
 Ia dibantu kegagalan Pahang mengutip mata penuh apabila diikat Felda United FC 2-2 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.
 
 Berbaki satu lagi perlawanan, JDT di tangga teratas dengan 46 mata manakala Pahang di tangga kedua dengan 44 mata.
 
 Selangor terus mengukuhkan kedudukan di tangga ketiga selepas mudah menewaskan Kelantan 3-0 di Stadium Shah Alam untuk kini mengumpul 36 mata.
 
 Terengganu berjaya merampas tangga keempat daripada Felda United FC selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas PDRM di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.
 
 Sarawak pula menarik nafas lega apabila sah terselamat daripada tersingkir ke Liga Premier 2016 selepas berjaya meraih tiga mata penting dengan menewaskan Lions XII 2-1 di Stadium Negeri, Kuching.
 
 Sementara Sime Darby FC akhirnya meraih kemenangan pertama musim ini selepas menewaskan ATM 1-0 di Stadium Selayang untuk kedua-dua pasukan akan turun ke Liga Premier 2016.
 
 Perlawanan terakhir Liga Super 2015 akan berlangsung pada Sabtu ini (22 Ogos).
 
 
 
KEPUTUSAN MALAM TADI:
 
JOHOR DARUL TA'ZIM 4
Luciano Figueroa m-44,
Nazrin Nawi m-47,
S Chanthuru m-66,
Safiq Rahim m-72
PERAK 1
Thiago Junio Aquino m-60
 
PAHANG 2
Dickson Nwakaeme m-49,
Damion Stewart m-78
FELDA UNITED FC 2
Thiago Augusto m-62 & m-69
 
SELANGOR 3
Ahmad Hazwan Bakri m-23,
Guilherme De Paula m-48 & m-63 (p)
KELANTAN 0
 
TERENGGANU 1
Issey Nakajima-Farran m-82
PDRM 0
 
SARAWAK 2
Patrick Gerhardt m-23,
Billy Mehmet m-39
LIONS XII 1
Khairul Amri Kamal m-75 (p)
 
SIME DARBY FC 1
Nemanja Vidakovic m-66
ATM 0
J Category: 
uncategorised6