Juara bertahan LFK teruskan rentak cemerlang

Sirkit Kelapan Liga Futsal Kebangsaan FAM-Felda (LFK) 2015 yang berlangsung di Stadium Panasonic, Shah Alam menyaksikan dominasi juara bertahan, KL Felda United.

Skuad bimbingan ketua jurulatih Zul Azmi Zulkifli itu menewaskan pasukan T-Team 7-1 sebelum terikat 3-3 dengan pasukan Selangor MPSJ. Walaubagaimanapun, pasukan pendahulu liga itu menemui rentak kemenangan pada hari Ahad setelah mengenepikan cabaran Pahang 3-0.

Pasukan Selangor MPSJ pula pantas untuk menduduki tempat kedua liga setelah seri 3-3 bersama KL Felda United dan juga Sabah Quilmes sebelum menundukkan pasukan Sabah 5-1.

Hari Perlawanan Kesembilan Belas

Lelaki

KL Felda United FC 7-1 T-Team

Selangor MPSJ 3-3 Sabah Quilmes

Kedah 3-2 Pahang

KL Petaling Putra 7-3 Kuala Lumpur MK

Sabah 1-4 Perak

Melaka 4-2 Selangor

Hari Perlawanan Kedua Puluh

Lelaki

KL Petaling Putra 2-4 Kedah

Kuala Lumpur MK 6-4 T-Team

Sabah 3-5 Selangor

KL Felda United 3-3 Selangor MPSJ

Melaka 1-1 Pahang

Hari Perlawanan Kedua Puluh Satu

Lelaki

Selangor MPSJ 5-1 Sabah

Selangor 2-0 Kuala Lumpur MK

Kedah 3-7 Melaka

Sabah Quilmes 2-3 KL Petaling Putra

T-Team 5-2 Perak

Pahang 0-3 KL Felda United

 

J Category: 
article/futsal