Juara Kemboja sertai Piala FA

Kelab  Kemboja, Preach Khan Reach FC disahkan akan bertanding dalam pertandingan Piala FA musim 2012.

Kelab yang merupakan juara Piala FA Kemboja itu akan menggantikan Harimau Muda B (skuad bawah umur 19 tahun) dalam pertandingan Piala FA.

Naib Presiden merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bolasepak Malaysia Dato’ Hamidin Mohd Amin mengumumkan demikian selepas pada Sidang Media di Wisma FAM, Khamis (29/12/11).

J Category: 
article/latest-news