Kapten KL Felda United, Farahiyah Ridzuan kagumi pemain futsal Brazil Vanessa

Di sebalik usianya yang baru mencecah 21 tahun, ala KL Felda United yang juga kapten pasukan, Farahiyah Ridzuan sudah diserapkan ke skuad futsal kebangsaan sejak di bangku persekolahan lagi.

“Saya dipanggil ke pasukan futsal kebangsaan sejak saya bersekolah di Tingkatan 1,” ujar Farahiyah.

Pemain berbakat besar itu nyata tidak mempunyai masalah dengan tanggungjawabnya sebagai kapten apabila menampilkan rentak permainan yang kemas dan seringkali mengkucar-kacirkan benteng pertahanan lawan secara konsisten.

“Tanggungjawab itu tidak menjadi beban buat saya kerana rakan-rakan mempunyai semangat kerjasama berpasukan yang bagus dan mudah mengikut arahan,” tambahnya lagi.

Farahiyah yang juga dikenali sebagai Dek Yah, mengakui bahawa pemain futsal wanita kebangsaan Brazil, Vanessa Cristina Perreira menjadi idola baginya.

Pemain tunjang KL Felda United itu merupakan penjaring terbanyak Liga Futsal Kebangsaan (LFK) FAM-Felda dalam kategori wanita tahun lepas.

J Category: 
article/futsal