Kedah juara Liga Premier 2015, Pulau Pinang tempat kedua

Kedah bergelar juara Liga Premier 2015 selepas mudah membelasah DRB HICOM FC 5-1 pada perlawanan terakhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.
 
 Upacara penyampaian trofi kejuaraan terus diadakan sejurus tamat perlawanan berkenaan.
 
 Bakal mengiringi Kedah naik ke Liga Super 2016 ialah Pulau Pinang yang berjaya muncul naib juara selepas menewaskan UiTM FC 2-0 di Stadium Hang Jebat, Melaka.
 
 T-Team terpaksa menggigit jari gagal ke Liga Super 2016 apabila turun satu anak tangga dan sekadar menamatkan saingan di tangga ketiga selepas tewas 2-1 kepada Kuantan FA di Stadium Darul Makmur, Kuantan.
 
 Kemenangan itu membolehkan Kuantan FA kekal di Liga Premier 2016.
 
 PKNS FC pula menamatkan saingan di tempat keempat, slot automatik terakhir ke Piala Malaysia 2015 selepas mudah membenam pasukan yang sudah pun sah tersingkir ke Liga FAM 2016, KL SPA Putrajaya FC 3-0 di Stadium Hang Tuah, Melaka.
 
 Johor Darul Ta'zim II menduduki tangga kelima dengan kemenangan 2-1 ke atas Sabah di Stadium Likas, Kota Kinabalu manakala Negeri Sembilan di tangga keenam selepas menewaskan Kuala Lumpur 2-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
 
 Dengan kekalahan itu, Kuala Lumpur menamatkan saingan di tangga kedua tercorot dan akan turun ke Liga FAM 2016.
 
 Johor Darul Ta'zim II dan Negeri Sembilan akan beraksi perlawanan playoff Piala Malaysia 2015 menentang dua pasukan tercorot Liga Super, ATM dan Sime Darby FC, Selasa ini.
 
 
 
KEPUTUSAN MALAM TADI:
 
DRB HICOM FC 1
Ivan Babic m-7
KEDAH 5
Sandro Da Silva  m-3, m-32 & m-78,
Chidi Edeh m-9 & m-49
 
UiTM FC 0
PULAU PINANG 2
Azinee Taib m-9,
Hilton Moreira m-81
 
KUANTAN FA 2
Abdul Malik Mat Ariff m-17,
Milan Purovic m-23
T-TEAM 1
Marzuki Yusof m-55
 
KL SPA PUTRAJAYA FC 0
PKNS FC 3
Nazrin Syamsulbahrin m-11,
Gabriel Guerra m-26 & m-74
 
SABAH 1
Hasyafiq Hamzah m-61
JOHOR DARUL TA'ZIM II 2
Akmal Ishak m-40,
Faizol Hussien m-81
 
NEGERI SEMBILAN 2
Shahrizan Saad m-51,
Azizi Mat Rose m-79
KUALA LUMPUR 1
Choi Hyun-Yeon m-68
J Category: 
uncategorised6