Kejohanan Serantau Wanita AFC B14: Malaysia B14 3-5 Vietnam B14

Skuad wanita B-14 tahun kendalian jurulatih Zhang Hong tewas 5-3 pada aksi kedua kempen Kejohanan Serantau Wanita AFC B-14 kepada pasukan tuan rumah, Vietnam B-14 di Hanoi semalam.

Gol-gol pasukan negara telah dijaringkan oleh penyerang Alice Mic Michael dan pemain tengah, Anis Aishah Asiati Raili dengan dua gol. Malaysia yang sebelum ini menang 3-1 ke atas Singapura B-14 dalam perlawanan pembukaan, bakal menentang Filipina B-14 pada pukul 5 petang (waktu Malaysia) hari ini.

J Category: 
article/women-s-football