Kejuaraan B-19 AFF 2015: Malaysia 0 Myanmar 1

Malaysia mengalami kekalahan tipis 1-0 kepada Myanmar menerusi jaringan Kyaw Ko Ko lima minit selepas permulaan babak kedua pada perlawanan terakhir peringkat saingan kumpulan Kejuaraan B-19 AFF 2015 di Vientiane, Laos, malam tadi.

Terdahulu pada tiga perlawanan sebelum ini, skuad B-19 negara kendalian ketua jurulatih Hassan Sazali Mohd Waras menewaskan Timor Leste 2-1, membelasah Singapura 4-0 dan terikat seri 0-0 dengan Vietnam.

Pada satu lagi perlawanan Kumpulan B, Vietnam menewaskan Singapura 6-0.

Pertembungan antara Vietnam dan Myanmar, Isnin ini (31 Ogos 2015) bakal menentukan kelayakan skuad B-19 kebangsaan yang kini menduduki tempat kedua saingan Kumpulan B dengan 7 mata mengatasi Myanmar dan di belakang pendahulu Vietnam di atas perbezaan gol.

KOMEN JURULATIH MALAYSIA B-19, HASSAN SAZALI MOHD WARAS

“Pasukan telah berusaha melakukan yang terbaik pada perlawanan ini cuma keputusan sahaja yang tidak memihak kepada pasukan. Bukan satu perkara yg mudah bagi pasukan menghadapi 4 perlawanan berturut-turut dalam masa tujuh hari dan menghadapi dua perlawanan terakhir bertemu pasukan yg boleh dikatakan pilihan dlm kumpulan ini (Vietnam dan Myanmar).

“Dan sekarang pasukan harus menunggu keputusan perlawanan di antara Vietnam lawan Myanmar pada 31 Ogos ini bagi menentukan pasukan layak atau tidak ke peringkat separuh akhir.”

KEPUTUSAN HARI INI
 
KUMPULAN B
 
SINGAPURA 0
VIETNAM 6
Ha Duc Chinh m-18 (penalti),
Ho Minh Di m-31,
Nguyen Tien Linh m-45+1, m-90+3,
Pham Trong Hoa m-64,
Truong Tien Anh m-80
 
MALAYSIA 0
MYANMAR 1
Kyaw Ko Ko m-49
 
 

 

P

M

S

K

J

B

MT

1.    VIETNAM

3

2

1

0

8

0

7

2.    MALAYSIA

4

2

1

1

6

2

7

3.    MYANMAR

3

2

1

0

3

1

7

4.    TIMOR LESTE

3

0

1

2

2

5

1

5.    SINGAPURA

3

0

0

3

0

11

0

SENARAI PENJARING GOL MALAYSIA B-19

 

Nama

Jumlah Jaringan

Muhammad Jafri Firdaus Chew

3

Muhammad Nazirul Afif Ibrahim

1

Muhammad Danial Ashraf Abdullah

1

Muhammad Shahrul Akmal Md Adnan

1

 

J Category: 
uncategorised8