Kejuaraan B-19 AFF 2015: Malaysia 2-1 Timor Leste

Skuad B-19 negara kendalian ketua jurulatih Hassan Sazali Mohd Waras membuka tirai Kejuaraan B-19 AFF 2015 dengan langkah kanan setelah mencatat kemenangan 2-1 ke atas Timor Leste di Stadium Nasional Laos, Vientiane sebentar tadi.

Pemain tengah, Mohd Shahrul Akmal menjaringkan gol pendahuluan Malaysia pada minit ke-15 sebelum pasukan lawan menyamakan kedudukan melalui gol sendiri Dominic Tan pada minit ke-20.

Penyerang berbisa, Jafri Firdaus Chew muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-51 melalui sepakan percuma bagi membantu pasukan negara merakam tiga mata pertama.

Terdahulu pada satu lagi perlawanan Kumpulan B, Singapura tewas 1-0 kepada Myanmar.

Perlawanan kedua bakal menyaksikan skuad B-19 kebangsaan menentang Singapura, Selasa ini (25 Ogos 2015) pada pukul 8 malam (Waktu Malaysia).

KOMEN JURULATIH HARIMAU MUDA C, HASSAN SAZALI MOHD WARAS

“Syukur alhamdulillah dengan tiga mata pertama dari perlawanan sulung hari ini. Saya mengucapkan tahniah kepada semua pemain dan juga barisan kejurulatihan dan staf yang telah berusaha bagi mencapai  kemenangan yang amat berharga bagi meneruskan baki tiga lagi perlawanan yang akan di lalui. Dengan kemenangan ini juga, saya percaya moral pemain lebih tinggi bagi menghadapi perlawanan berikutnya menentang Singapura pada 25 Ogos nanti.

“Di awal permainan, pasukan telah mengusai permainan sepenuhnya sehingga pasukan mendahului jaringan 1-0 pada minit ke-15 melalui Shahrul Akmal dan apabila pasukan lawan menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-20, pemain agak tertekan dengan serangan balas dari pasukan lawan. Pasukan kembali mendahului melalui sepakan percuma Jafri Firdaus Chew pada minit ke-51 dan kekal sehingga tamat perlawanan.

“Bagi perlawanan menentang Singapura, saya perlu melihat kepada beberapa pemain yang mengalami sedikit kecederaan dan berharap tidak terlalu serius, dan ada kemungkinan saya menukar sedikit barisan utama nanti.”

KEPUTUSAN HARI INI

KUMPULAN B
 
SINGAPURA 0
MYANMAR 1

Kaung Chit Naing m-71 

MALAYSIA 2
Mohd Shahrul Akmal m-15,
Jafri Firdaus Chew m-51
TIMOR LESTE 1
Dominic Tan m-20 (gol sendiri)
 
 

 

P

M

S

K

J

B

MT

1.    MALAYSIA

1

1

0

0

2

1

3

2.    MYANMAR

1

1

0

0

1

0

3

3.    VIETNAM

0

0

0

0

0

0

0

4.    TIMOR LESTE

1

0

0

1

1

2

0

5.    SINGAPURA

1

0

0

1

0

1

0

 

J Category: 
uncategorised8