KEJUARAAN FUTSAL AFC 2016: JEPUN 11-1 MALAYSIA

2016-02-13

Malaysia tewas 11-1 kepada juara bertahan, Jepun pada aksi kedua Kumpulan D, Kejuaraan Futsal AFC 2016 di Stadium Uzbekistan, Tashkent sebentar tadi.

Pada aksi sulung, kelmarin (Khamis), skuad kendalian jurulatih Marcelo Serpa tewas 2-1 kepada Australia.

Jepun mendahului 5-0 pada 13 minit pertama menerusi jaringan Tomoki Yoshikawa pada minit ke-3, Manabu Takita (m-4 & m-7), Kaoru Morioka (m-13) dan Nobuya Osodo (m-13).

Skuad negara cuba untuk bangkit dan menjaringkan gol menerusi Muhammad Afif Asyraf Muhd Halil pada minit ke-14.

Namun, ia tetap tidak menghalang Jepun kendalian Miguel Rodrigo untuk menambah lima gol lagi menerusi jaringan Tomoake Watanabe (m-15), Katsutoshi Henmi (m-16) dan Ryusoke Nishitani (m-16 & m-19).

Kedudukan separuh masa pertama, Jepun 10-1 Malaysia.

Bersambung babak kedua, cubaan skuad kebangsaan untuk menguji benteng Jepun digagalkan oleh barisan pertahanan lawan.

Yuki Murota melengkapkan kemenangan Jepun pada minit ke-40 untuk keputusan muktamad, 11-1.

Pada satu lagi aksi Kumpulan D, Australia menundukkan Qatar 5-2.

Seterusnya, Malaysia bakal menentang Qatar pada aksi terakhir peringkat kumpulan, Isnin ini jam 7.30 malam (waktu Malaysia) dengan Jepun bertemu Australia pada waktu yang sama.

KOMEN KETUA JURULATIH SKUAD FUTSAL KEBANGSAAN, MARCELO SERPA

“Jepun bermain dengan baik pada malam ini dan menunjukkan keunggulan mereka sebagai juara bertahan Kejuaraan Futsal AFC.
 
“Kita tidak berjaya untuk bersaing dengan pasukan lawan yang tidak memberi sebarang ruang kepada kita dengan gerakan penyudah berkualiti tinggi pada separuh masa pertama.

“Pasukan menunjukkan peningkatan pada separuh masa kedua tetapi permainan sudahpun berakhir pada ketika itu.

“Objektif kita sekarang adalah untuk bersiap sedia bagi perlawanan terakhir menentang Qatar, Isnin ini dan mengulangi persembahan pada aksi pertama (menentang Australia) untuk mengutip tiga mata penuh.”

KEDUDUKAN KUMPULAN D SELEPAS DUA PERLAWANAN

 

P

M

S

K

G

B

MT

JEPUN

2

2

0

0

12

1

6

AUSTRALIA

2

2

0

0

7

3

6

QATAR

2

0

0

2

2

6

0

MALAYSIA

2

0

0

2

2

13

0

 

Foto: AFC