KELAYAKAN B-19 AFC 2016: MALAYSIA 0-1 KOREA UTARA

Malaysia tewas tipis 1-0 kepada Korea Utara pada aksi kedua Kumpulan I Kelayakan B-19 AFC 2016 di Stadium Pusat Sukan Huai’an, China sebentar tadi.

Penyerang Korea Utara, Han Il Hyok menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-54 setelah perlawanan terikat 0-0 pada babak separuh masa pertama.

Pada aksi pembukaan kelmarin (Jumaat), skuad B-19 negara kendalian jurulatih Hassan Sazali Mohd Waras tewas 6-0 kepada pasukan tuan rumah, China.

China meneruskan rentak cemerlang apabila menumpaskan Macau 7-0 pada satu lagi aksi Kumpulan I dan seterusnya menerajui kumpulan di atas kelebihan perbezaan gol berbanding Korea Utara.

Perlawanan terakhir bakal menyaksikan skuad B-19 kebangsaan menentang Macau, Selasa ini (6 Oktober 2015) pada pukul 3.30 petang (Waktu Malaysia).

KOMEN JURULATIH MALAYSIA B-19, HASSAN SAZALI MOHD WARAS

“Pasukan bermain dengan baik pada perlawanan hari ni. Hanya keputusan sahaja yang tidak berpihak kepada kita.

“Permainan agak seimbang di mana barisan pertahanan pada hari ini lebih berdisiplin bagi menghalang gerakan-gerakan pantas dari pihak lawan.

“Kita telah melakukan serangan-serangan balas ke atas pihak lawan dan gagal utk menyempurnakan peluang yang ada dan pihak lawan pula menyempurnakan satu peluang yang mereka perolehi.

“Keseluruhannya, permainan pasukan lebih baik dari perlawanan pertama menentang China."

KEPUTUSAN HARI INI

MALAYSIA 0
KOREA UTARA 1

Han Il-Hyok m-54
 
CHINA 7
Gao Huaze m-12, m-18,
Yang Liyu m-25,
Yao Dinghao m-51,
Zhang Yuning m-72, m-74
Shan Huanhuan m-88
MACAU 0

 

P M S K G B MT
China 2 2 0 0 13 0 6
Korea Utara 2 2 0 0 7 0 6
Malaysia 2 0 0 2 0 7 0
Macau 2 0 0 2 0 13 0
J Category: 
uncategorised8