KELAYAKAN PIALA DUNIA: PALESTIN 6 MALAYSIA 0

     Skuad kebangsaan, Harimau Malaya kendalian jurulatih sementara, Datuk Ong Kim Swee tewas 6-0 kepada Palestin pada perlawanan keenam Kumpulan A, Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Stadium Antarabangsa Amman, Jordan, malam tadi.
 
 Palestin mendahului 3-0 pada separuh masa pertama menerusi Jonathan Cantillana pada minit ke-37 disusuli dua jaringan Ahmed Abunahia, minit ke-38 dan 45.
 
 Abunahia melengkapkan hatriknya apabila menjaringkan gol keempat Palestin pada minit ke-58.
 
 Palestin kendalian Abdel Nasser Barakat menambah dua lagi gol pada penghujung babak kedua menerusi pemain gantian, Tamer Seyam pada minit ke-88 dan Jaka Ihbeisheh, minit ke-92.
 

Pada pertembungan pertama kedua-dua pasukan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 16 Jun lalu, Malaysia yang ketika itu dibimbing Dollah Salleh turut tewas 6-0 kepada Palestin.
 
Sementara itu, pada satu lagi perlawanan malam tadi, UAE menewaskan Timor Leste 8-0 di Stadium Mohammed Bin Zayed, Abu Dhabi.
 
Kedudukan terkini Kumpulan A, Arab Saudi di tangga teratas dengan 13 mata diikuti UAE (10), Palestin (9), Malaysia (4) dan Timor Leste (2).
 
Perlawanan seterusnya pada Selasa ini (17 November), Malaysia akan bertemu UAE di Stadium Shah Alam (perlawanan tanpa penonton) manakala Timor Leste berdepan Arab Saudi di Stadium Perbandaran Dili.

 

 

 

 

PALESTIN: 1-Tawfiq Ali, 3-Alexis Norambuena, (8-Sameh Maraaba 45'), 4-Haitham Theeb, 15-Abdelatif Bahdari (KP), 14-Abdullah Jaber, 13-Jaka Ihbeisheh, 20-Khader Yousef, 17-Pablo Tamburrini, 18-Jonathan Cantillana, (11-Matias Jadue 69'), 7-Ashraf Nu'man, 12-Ahmed Abunahia, (9-Tamer Seyam 84')
 
MALAYSIA: 22-Khairul Fahmi Che Mat, 2-Matthew Davies, 13-Razman Roslan, 7-Aidil Zafuan Abd Radzak, 21-Nazirul Naim Che Hashim (4-Fazly Mazlan 61'), 18-Wan Zack Haikal Wan Nor (19-Syahrul Azwari Ibrahim 90+2'), 14-Shahrul Saad, 8-Safiq Rahim (KP), 15-Christie Jayaseelan (16-S Chanthuru 56'), 12-Ahmad Hazwan Bakri, 17-Amri Yahyah.
 
Pengadil: Ahmed Al-Kaf (Oman)
 

 

 

 

J Category: 
uncategorised7