Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Akhir Piala FA 2014.

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Akhir Piala FA 2014.

Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Akhir Piala FA 2014 memutuskan bahawa perlawanan akhir Piala FA akan berlangsung pada 7 haribulan Jun 2014 (Sabtu) pada 8.45 malam bertempat di Stadium Melawati Shah Alam.

Pihak FAM secara sebulat suara untuk menukar lokasi perlawanan akhir Piala FA 2014 ke Stadium Shah Alam. Ini adalah kerana untuk memberi ruang kepada tumbesaran rumput di Stadium Bukit Jalil untuk mencapai tahap matang untuk menahan kesan permainan pada hari Sabtu ini.

Pihak pengurusan Stadium Bukit Jalil mengesahkan bahawa padang Stadium Bukit Jalil sedia digunakan untuk Piala Merdeka yang akan berlangsung pada akhir tahun ini.

Pasukan Pahang Darul Makmur akan menjadi pasukan tuan rumah manakala Pasukan Felda United akan menjadi pasukan lawan didalam perlawanan akhir Piala FA 2014.

Penjualan Tiket

·         Kapasiti Stadium Melawati Shah Alam boleh memuatkan seramai 70 ribu penyokong pada satu-satu masa. Pembelian tiket boleh didapati di lokasi-lokasi yang bakal diumumkan oleh pengurusan kelab masing-masing.

·         Pembahagian tiket perlawanan akhir telah diberikan sama rata sebanyak 30 ribu tiket kepada kedua-dua pasukan.

·         Menurut Dato’ Afandi, tidak akan ada penjualan tiket perlawanan akhir di kaunter-kaunter penjualan tiket di Stadium Melawati Shah Alam.

·         Baki 10 ribu tiket perlawanan boleh didapati melalui www.tickethotline.com.my bermula esok sehingga hari Jumaat. Pembelian maksimum sebanyak empat tiket sahaja yang dibenarkan dalam satu transaksi diatas talian.

·         Harga tiket : RM40 (dewasa) dan RM 5 (kanak-kanak).

·         Penebusan tiket yang dibeli secara diatas talian boleh dilakukan:

o   Tarikh: 4 Jun sehingga 7 Jun 2014

o   Masa: 9.00 pagi hingga 5.00 petang

o   Tempat: Stadium Melawati Shah Alam

Tempat Letak Kereta

·         Tempat letak kereta yang disediakan untuk para penyokong dari pasukan Felda United adalah Pintu A (sebelah Go-Kart dan Tesco).

·         Tempat letak kereta untuk para penyokong dari pasukan Pahang adalah disebelah Taman Ekstrem Shah Alam dan Giant.

Konsert

·         Pihak Astro juga akan mengadakan konsert bagi menghangatkan lagi kemeriahan perlawanan akhir Piala FA 2014 di sebelah petang dan pihak FAM bersetuju untuk membenarkan para penyokong memasuki stadium mulai pukul 4 petang.

Keselamatan

·         Wakil dari pihak polis, DSP Goh Lee Shen dari Bahagian Ketenteraman Awam Daerah Shah Alam mengesahkan kehadiran anggota polis untuk memastikan tahap keselamatan yang tinggi pada hari perlawanan.

·         Pemeriksaan secara rambang kepada kedua-dua penyokong pasukan akan dilakukan untuk mengelakkan barangan terlarang dari memasuki stadium.

·          Para penyokong dilarang untuk membawa barangan larangan seperti mercun, bunga api, bom asap, suar (flare), vuvuzela, botol minuman yang berisi air, ketulan ais dan laser.

·         Para penyokong juga diberi amaran untuk tidak membaling gulungan kertas ke kawasan persekitaran padang.

 

 

 

J Category: 
article/latest-news