KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA RAYUAN FAM PADA 29 OKTOBER 2015

Jawatankuasa Rayuan FAM dalam mesyuaratnya pada 29 Oktober 2015 (Khamis) telah mencapai keputusan berikut:

 

1. Rayuan Persatuan Bolasepak Terengganu terhadap hukuman penggantungan dan denda yang diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM bertarikh 15 Oktober 2015 terhadap pemain Terengganu, Norshahrul Idlan Bin Talaha.

  • Penggantungan perlawanan terhadap Pemain, Norshahrul Idlan Bin Talaha dikurangkan daripada lima (5) perlawanan termasuk satu (1) penggantungan perlawanan automatik kepada tiga (3) perlawanan termasuk satu (1) penggantungan perlawanan automatik.
  • Hukuman denda berjumlah RM2,500.00 yang diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM terhadap Pemain adalah dikekalkan.
  • Penggantungan tiga (3) perlawanan yang dikenakan ke atas Pemain adalah seperti berikut:
  1. Perlawanan Piala Malaysia 2015, LionsXII lawan Terengganu pada 26 September 2015 di Stadium Jalan Besar, Singapura (penggantungan perlawanan secara automatik);
  2. Perlawanan Piala Malaysia 2015, Terengganu lawan Kedah pada 17 Oktober 2015 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak; dan
  3. Perlawanan Piala Malaysia 2015, Johor Darul Ta’zim II lawan Terengganu di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang pada 27 Oktober 2015.

 

2. Rayuan Persatuan Bolasepak Sarawak terhadap hukuman denda yang diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM bertarikh 15 September 2015.

  • Jawatankuasa Rayuan FAM menolak rayuan Persatuan Bolasepak Sarawak dan denda berjumlah RM80,000.00 tersebut adalah dikekalkan.

 

J Category: 
article/latest-news