Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan Yang Kedua Bagi Penggal 2014-2018

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan Yang Kedua Bagi Penggal 2014-2018

Jawatankuasa Rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia yang bermesyuarat pada 2 April 2015 telah sebulat suara membuat keputusan yang berikut. Jawatankuasa Rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia bertindak mengikut prinsip yang  telah ditetapkan, iaitu sebagai badan persidangan yang terakhir di Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Hak untuk sesuatu rayuan boleh dibawa ke Mahkamah Timbang Tara Malaysia.

 

Rayuan Pemain Harimau Muda A (Gary Steven Robbat) Terhadap Hukuman Penggantungan dan Denda

Penggantungan terhadap Gary Steven Robbat ("Pemain") yang dijadualkan tamat pada 16 April 2015 telah disingkatkan ke 2 April 2015 yang berkuatkuasa serta merta. Denda berjumlah RM50,000.00 yang dikenakan terhadap pemain dikurangkan kepada RM20,000.00 sahaja. Pemain kini dibenarkan menyertai latihan bersama mana-mana pasukan berkuatkuasa serta merta.

 

Rayuan Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) Terhadap Denda Yang Dikenakan Pada 16 Januari 2015 Kerana Didapati Bersalah Atas Tindakan-nya Mendorong Secara Aktif Ke Arah Pelanggaran Peraturan dan Undang-Undang

Jawatankuasa Rayuan secara sebulat suara telah memutuskan bahawa denda berjumlah RM100,000.00 yang dikenakan terhadap PBNJ telah dikurangkan kepada RM50,000.00 sahaja.

J Category: 
article/latest-news