KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA STATUS FAM KALI KE-11 BAGI PENGGAL 2017-2021

2019-05-29

 

Jawatankuasa Status FAM dalam mesyuarat kali ke-11 bagi penggal 2017-2021 pada 23 Mei 2019 (Khamis) telah mencapai keputusan berikut:

 

1. Tuntutan dikemukakan oleh 1 pegawai terhadap Felda United FC berhubung tunggakan baki pembayaran “signing fees” dan tunggakan elaun perumahan

Keputusan: Tuntutan pengadu, Sathiananthan A/L R. Bhaskran telah diterima sebahagiannya dan Felda United FC dikehendaki membayar tunggakan baki pembayaran “signing fees” dan tunggakan elaun perumahan dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.

 

2. Tuntutan dikemukakan oleh 3 pemain terhadap Persatuan Bolasepak Kelantan berhubung tunggakan gaji

Keputusan: Tuntutan pengadu-pengadu telah diterima sepenuhnya dan Persatuan Bolasepak Kelantan dikehendaki membayar tunggakan gaji seperti jumlah dinyatakan di bawah (tertakluk kepada potongan wajib pendapatan) dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.

i) Mohd Daudsu Jamaluddin (RM33,000)

ii) Norhafiz Zamani Bin Misbah (RM87,500)

iii) Zairul Fitree Bin Ishak (RM52,500)

 

3. Tuntutan dikemukakan oleh 1 pegawai agensi terhadap Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur berhubung yuran agensi

Keputusan: Tuntutan pengadu, Vladir Souza Junior Adolfo telah diterima sepenuhnya dan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur dikehendaki membayar tunggakan yuran agensi sebanyak RM270,000 dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.

 

4. Tuntutan dikemukakan oleh 1 pemain terhadap Marcerra United FC berhubung tunggakan gaji

Keputusan: Tuntutan pengadu, Mohd Mursyidin Bin Maudoode telah diterima sepenuhnya dan Marcerra United FC dikehendaki membayar tunggakan gaji sebanyak RM28,000 (tertakluk kepada potongan wajib pendapatan) dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.

 
5. Tuntutan dikemukakan oleh 2 pemain terhadap Persatuan Bolasepak Pulau Pinang berhubung tunggakan gaji

Keputusan: Tuntutan pengadu-pengadu telah diterima sepenuhnya dan Persatuan Bolasepak Pulau Pinang dikehendaki membayar tunggakan gaji seperti jumlah dinyatakan di bawah (tertakluk kepada potongan wajib pendapatan) dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.

i) Darwira Bin Sazan (RM20,000)

ii) Muhammad Zulkhairi Bin Zulkeply (RM18,000)

 

6. Tuntutan dikemukakan oleh 3 pemain terhadap Persatuan Bolasepak Sabah berhubung pertikaian berkaitan pekerjaan iaitu membabitkan kestabilan kontrak

Keputusan: Tuntutan pengadu-pengadu telah diterima sebahagiannya dan Persatuan Bolasepak Sabah dikehendaki membayar pampasan kontrak dan tiket penerbangan seperti jumlah dinyatakan di bawah dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.

i) Frederico Bello Saraiva (USD29,903)

ii) Paulo Henrique Santos De Azevedo (USD29,779)

iii) Leonardo Moreira De Carvalho (USD26,779)

 

7. Tuntutan dikemukakan oleh 21 pemain terhadap Terengganu City FC berhubung tunggakan gaji

Keputusan: Tuntutan pengadu-pengadu telah diterima sepenuhnya dan Terengganu City FC dikehendaki membayar tunggakan gaji seperti jumlah dinyatakan di bawah (tertakluk kepada potongan wajib pendapatan) dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.

i) Muhammad Adhar Bin Hussin (RM12,000)

ii) Mohammad Amir Asyraf Bin Hussin (RM20,000)

iii) Muhammad Amirul Husni Bin Husnizam (RM12,000)

iv) Muhammad Asri Bin Ismail (RM12,000)

v) Mohd Asyham Bin Asri (RM25,800)

vi) Mohd Fadzli Hadi Bin Mamat (RM14,000)

vii) Mohd Faizal Bin Ab Aziz (RM40,000)

viii) Mohamad Hazazi Bin Mazuki (RM9,000)

ix) Izzaq Faris Bin Ramlan (RM32,000)

x) Mohd Khairul Ramadhan Bin Mohd Zauwawi (RM21,000)

xi) Mohamad Naim Asraff Bin Nordin (RM20,000)

xii) Muhamad Shafiq Haikal Bin Ab Kadir (RM10,000)

xiii) Shafuan Adli Bin Shaari (RM22,500)

xiv) Muhammad Shafiquddin Bin Ibrahim (RM21,600)

xv) Mohamad Sollihin Mahamad (RM10,000)

xvi) Shamsul Kamal Bin Mohamad (RM21,000)

xvii) Shanaz Adha Bin Shamsudin (RM16,000)

xviii) Mohd Syazreen Mohd Suhaimi (RM12,000)

xix) Mohd Zaheiruddin Bin Zakaria (RM12,000)

xx) Muhammad Zulhairi Bin Ismail (RM24,000)

xxi) Mohamad Syamsuri Bin Mohamad Mustafa (RM45,000)

 

8. Aduan Persatuan Bolasepak Kedah terhadap Persatuan Bolasepak Johor

Jawatankuasa Status FAM telah membuat keputusan untuk mendapatkan keterangan lanjut daripada pihak-pihak yang terlibat berkenaan beberapa perkara yang telah dibangkitkan oleh Persatuan Bolasepak Kedah. Kes ini akan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Status yang akan datang untuk dibincang dengan lebih lanjut. 

 

MOHD JOEHARI AYUB

PENGERUSI JAWATANKUASA STATUS FAM