2016-01-29
Jawatankuasa Status FAM dalam mesyuaratnya pada 29 Januari 2016 (Jumaat) telah mencapai keputusan berikut:
Tuntutan yang dikemukakan oleh Persatuan Bolasepak Kelantan terhadap pemain, Syahrul Azwari Ibrahim dan Persatuan Bolasepak Sarawak mengenai pertikaian berkaitan kontrak di antara kedua-dua belah pihak:
· Pemain wajib balik ke Persatuan Bolasepak Kelantan kerana aktiviti bolasepaknya bermula di Kelantan.
· Pemain dan Persatuan Bolasepak Kelantan diarahkan untuk berbincang mengenai kontrak dalam masa 7 hari dari tarikh terma keputusan diterima sekiranya khidmat pemain diperlukan oleh Persatuan Bolasepak Kelantan.
· Walaubagaimanapun, Persatuan Bolasepak Sarawak boleh mengadakan perbincangan secara rasmi dengan Persatuan Bolasepak Kelantan dalam masa 7 hari dari tarikh terma keputusan diterima jika masih berhasrat untuk mendapatkan khidmat pemain.
· Kontrak Persatuan Bolasepak Sarawak bersama pemain adalah terbatal kerana Persatuan Bolasepak Sarawak dan pemain tidak mengikut tatacara pelepasan pemain yang ditetapkan.