KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA STATUS FAM PADA 7 MAC 2016

2016-03-07

Jawatankuasa Status FAM dalam mesyuaratnya pada 7 Mac 2016 (Isnin) telah mencapai keputusan berikut:

1.    Tuntutan yang dikemukakan oleh Kelab Bolasepak Frenz United terhadap Persatuan Bolasepak Negeri Pahang mengenai status pemain-pemain, Dinesh a/l Rajasingam dan Kogileswaran a/l Mohana Raj:

·   Jawatankuasa Status FAM menolak aduan Kelab Bolasepak Frenz United dan memutuskan bahawa Jawatankuasa tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengadili pertikaian ini memandangkan perjanjian antara Kelab Bolasepak Frenz United dan kedua-dua Pemain adalah berkaitan Kontrak Biasiswa. Oleh itu, Peraturan Status Perpindahan Pemain tidak terpakai dan platform yang dikira sesuai adalah di Mahkamah Undang-Undang.

·   Kedua-dua Pemain dikenakan ‘Sporting Sanction’ (Sekatan Kesukanan) daripada bermain dalam kesemua pertandingan bolasepak Malaysia sehingga permulaan Jendela Perpindahan Pemain Ke-2. Sekiranya kes ini tidak diselesaikan sebelum tempoh tersebut, kedua-dua Pemain bebas untuk didaftar pada jendela perpindahan tersebut, tertakluk kepada syarat perpindahan yang lain.

·   Persatuan Bolasepak Negeri Pahang tidak boleh mendaftar kedua-dua pemain ini dalam tempoh Sekatan Kesukanan.

 

2.    Tuntutan yang dikemukakan oleh Pegawai, Ahmad Sobri bin Ismail terhadap Persatuan Bolasepak Melayu Kedah mengenai tunggakan gaji bulanan bermula dari bulan April 2015 hingga Disember 2015:

·   Persatuan Bolasepak Melayu Kedah diarahkan untuk membuat bayaran tunggakan gaji bulanan Pegawai selama 9 bulan berjumlah RM25,200.00.

 

3.    Tuntutan yang dikemukakan oleh Pegawai, Hussin bin Jaafar terhadap Persatuan Bolasepak Melayu Kedah mengenai tunggakan gaji bulanan bermula dari bulan Mei 2015 hingga Ogos 2015:

·   Persatuan Bolasepak Melayu Kedah diarahkan untuk membuat bayaran tunggakan gaji bulanan Pegawai selama 4 bulan berjumlah RM14,000.00.

 

4.    Tuntutan yang dikemukakan oleh Pegawai, Zulkipli bin Mahmud terhadap Persatuan Bolasepak Melayu Kedah mengenai tunggakan gaji bulanan bermula dari bulan April 2015 hingga Disember 2015:

·   Persatuan Bolasepak Melayu Kedah diarahkan untuk membuat bayaran tunggakan gaji bulanan Pegawai selama 9 bulan berjumlah RM19,800.00.

 

5.    Tuntutan yang dikemukakan oleh Pegawai, Izham bin Mustafa terhadap Persatuan Bolasepak Melayu Kedah mengenai tunggakan gaji bulanan bermula dari bulan April 2015 hingga Disember 2015:

·   Persatuan Bolasepak Melayu Kedah diarahkan untuk membuat bayaran tunggakan gaji bulanan Pegawai selama 9 bulan berjumlah RM20,700.00.

 

6.    Tuntutan yang dikemukakan oleh Pegawai, Abdullah bin Hassan terhadap Persatuan Bolasepak Melayu Kedah mengenai tunggakan gaji bulanan bermula dari bulan Mac 2015 hingga Disember 2015:

·   Persatuan Bolasepak Melayu Kedah diarahkan untuk membuat bayaran tunggakan gaji bulanan Pegawai selama 10 bulan berjumlah RM30,000.00.