KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA TATATERTIB FAM, 16 MAC 2017

Jawatankuasa Tatatertib FAM dalam mesyuaratnya pada 16 Mac 2017 (Khamis) telah mencapai keputusan berikut:

1.  Tindakan pemain pasukan PKNP FC, Mohd Fazli Zulkifli yang telah menghantuk muka pemain pasukan ATM, Suhairy Johari semasa perlawanan Liga Premier 2017 di antara PKNP FC lawan ATM di Stadium Perak, Ipoh pada 24 Februari 2017.

·              Pemain telah didapati bersalah kerana melanggar ‘Artikel 50.1(d) Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Salahlaku terhadap pihak lawan atau individu selain daripada pegawai perlawanan’  dan dibaca bersama dengan ‘Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Perintah keluar padang’ dan dikenakan hukuman berikut:

 

i.              Digantung sebanyak empat perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik seperti berikut:

 

a.     Perlawanan Liga Premier 2017 di antara JDT II lawan PKNP FC pada 28 Februari 2017 di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (penggantungan perlawanan secara automatik);

b.    Perlawanan Liga Premier 2017 di antara MISC-MIFA lawan PKNP FC pada 7 April 2017 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya;

c.     Perlawanan Liga Premier 2017 di antara PKNP FC lawan PDRM pada 14 April 2017 di Stadium Perak, Ipoh; dan

d.    Perlawanan Liga Premier 2017 di antara UiTM FC lawan PKNP FC pada 25 April 2017 di Stadium UiTM Shah Alam.

     

ii.             Didenda sebanyak RM1,000.00; dan

 

iii.            Diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. 

 

2.  Tindakan pemain pasukan ATM, Suhairy Johari yang telah menumbuk muka pemain pasukan PKNP FC, Mohd Fazli Zulkifli  semasa perlawanan Liga Premier 2017 di antara PKNP FC lawan ATM di Stadium Perak, Ipoh pada 24 Februari 2017.

 

·              Pemain telah didapati bersalah kerana melanggar ‘Artikel 50.1(d) Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Salahlaku terhadap pihak lawan atau individu selain daripada pegawai perlawanan’  dan dibaca bersama dengan ‘Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Perintah keluar padang’ dan dikenakan hukuman berikut:

 

i.              Digantung sebanyak empat perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik seperti berikut:

 

a.     Perlawanan Liga Premier 2017 di antara ATM lawan PDRM pada 28 Februari 2017 di Stadium Proton, Tanjung Malim (penggantungan perlawanan secara automatik);

b.    Perlawanan Liga Premier 2017 di antara Negeri Sembilan lawan ATM pada 7 April 2017 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi;

c.     Perlawanan Liga Premier 2017 di antara ATM lawan Kuala Lumpur pada 14 April 2017 di Stadium Proton, Tanjung Malim; dan

d.    Perlawanan Liga Premier 2017 di antara ATM lawan Kuantan FA pada 25 April 2017 di Stadium Proton, Tanjung Malim.

     

ii.             Didenda sebanyak RM1,000.00; dan

 

iii.            Diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. 

 

3.  Tindakan pemain pasukan Felcra FC, Mohd Firdaus Azizul yang telah menumbuk perut pemain pasukan KDMM FC, Mohd Helmi Sudin  semasa perlawanan Piala FAM 2017 di antara KDMM FC lawan Felcra FC di Stadium Mini Kompleks Sukan Keningau, Sabah pada 26 Februari 2017.

 

·              Pemain telah didapati bersalah kerana melanggar ‘Artikel 50.1(d) Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Salahlaku terhadap pihak lawan atau individu selain daripada pegawai perlawanan’  dan dibaca bersama dengan ‘Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Perintah keluar padang’ dan dikenakan hukuman berikut:

 

i.              Digantung sebanyak empat perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik seperti berikut:

 

a.     Perlawanan Piala FAM 2017 di antara Felcra FC lawan MPKB-BRI-UBES FC pada 5 Mac 2017 di Stadium Arena UM, Kuala Lumpur (penggantungan perlawanan secara automatik);

b.    Perlawanan Piala FAM 2017 di antara KSDBKL lawan Felcra FC di Stadium Arena UM, Kuala Lumpur pada 19 Mac 2017;

c.     Perlawanan Piala FAM 2017 di antara Felcra FC lawan Shahzan Muda FC pada 9 April 2017 di Stadium Arena UM, Kuala Lumpur; dan

d.    Perlawanan Piala FAM 2017 di antara Hanelang FC lawan Felcra FC pada 23 April 2017 di Padang Astaka Kuala Berang, Terengganu.

     

ii.             Didenda sebanyak RM1,000.00; dan

 

iii.            Diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. 

 

4.  Tindakan pemain pasukan Pahang, Ahmad Syamim Yahya menunjukkan isyarat lucah  yang mana telah dirakam secara langsung dan ditonton umum semasa perlawanan Liga Super 2017 di antara Melaka lawan Pahang di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 25 Februari 2017.

 

·              Pemain telah didapati bersalah kerana melanggar ‘Artikel 59 Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Kelakuan yang menyinggung dan Fair Play’  dan dan dikenakan hukuman berikut:

 

i.              Digantung satu perlawanan seperti berikut:

 

a.     Perlawanan Liga Super 2017 di antara Kelantan lawan Pahang pada 8 April 2017 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu.

 

ii.             Didenda sebanyak RM500.00; dan

 

iii.            Diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. 

 

 

5.  Tindakan pemain pasukan T-Team, Mohd Khairul Rizam Che Soh yang telah menumbuk perut pemain pasukan Pahang, Shazlan Zaidin  semasa perlawanan Piala Presiden 2017 di antara T-Team lawan Pahang di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pada 2 Mac 2017.

 

·              Pemain telah didapati bersalah kerana melanggar ‘Artikel 50.1(d) Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Salahlaku terhadap pihak lawan atau individu selain daripada pegawai perlawanan’  dan dibaca bersama dengan ‘Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Perintah keluar padang’ dan dikenakan hukuman berikut:

 

i.              Digantung sebanyak empat perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik seperti berikut:

 

a.     Perlawanan Piala Presiden 2017 di antara Perak lawan T-Team pada 13 Mac 2017 di Stadium Mini UPSI, Tanjung Malim (penggantungan perlawanan secara automatik);

b.    Perlawanan Piala Presiden 2017 di antara T-Team lawan Sabah pada 30 Mac 2017 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak;

c.     Perlawanan Piala Presiden 2017 di antara ATM lawan T-Team pada 6 April 2017 di Stadium Mini MINDEF, Kuala Lumpur; dan

d.    Perlawanan Piala Presiden 2017 di antara T-Team lawan PKNP FC pada 13 April 2017 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.

     

ii.             Didenda sebanyak RM500.00; dan

 

iii.            Diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. 

 

6. Tindakan penyokong pasukan Negeri Sembilan yang telah menceroboh masuk ke dalam padang selepas perlawanan Piala FA 2017 antara Selangor lawan Negeri Sembilan pada 14 Februari 2017 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

·          Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan  telah didapati bersalah kerana melanggar Artikel 70.2 Kod Tatatertib FAM 2015 berkenaan ‘Tanggungjawab Bagi Kelakuan Penonton’  dan dikenakan hukuman berikut:

 

i.             Didenda sebanyak RM5,000.00; dan

ii.            Diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

 

DATO’ KANG HWEE GEE

PENGERUSI JAWATANKUASA TATATERTIB

KHAMIS, 16 MAC 2017