KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA TATATERTIB FAM, 20 JULAI 2017

2017-07-22

Jawatankuasa Tatatertib FAM dalam mesyuaratnya pada 20 Julai 2017 (Khamis) telah mencapai keputusan berikut:

 

1. Jurulatih Pasukan Pahang - Dollah Salleh

Perlawanan: Liga Super 2017, Felda United FC lwn Pahang pada 1 Julai 2017 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka

Kesalahan: Melanggar Artikel 61 Kod Tatatertib FAM yang dibaca bersama dengan Artikel 88 Statut FAM akibat tindakannya yang membuat kenyataan/komen di ruangan media berhubung isu yang melibatkan FAM tanpa kebenaran dan secara terus atau inuendo boleh memberikan impak yang negatif ke atas nama baik dan reputasi FAM, selain daripada mengecam mengenai urusan pentadbiran hal-ehwal FAM (kepengadilan) atau pengelolaan Liga Malaysia selepas perlawanan berkenaan.

Hukuman: Penggantungan selama 18 bulan daripada terlibat dengan sebarang aktiviti bolasepak kelolaan atau anjuran FAM dan didenda sebanyak RM30,000. Walau bagaimanapun, jawatankuasa telah memutuskan untuk menggunapakai Artikel 35 Kod Tatatertib FAM di mana Defendan dikenakan penggantungan selama 9 bulan pertama dahulu (dari 21 Julai 2017 hingga 20 April 2018) dan baki 9 bulan kedua (21 April 2018 hingga 20 Januari 2019) adalah ditangguh terlebih dahulu tertakluk kepada kepada kelakuan baik Defendan. Jika kesalahan yang sama berulang dalam tempoh 12 bulan selepas penggantungan pertama, maka hukuman penggantungan 9 bulan kedua akan dikuatkuasakan serta-merta terhadap Defendan. Hukuman ini boleh dirayu.

 

2. Pemain Pasukan Felda United FC – Zah Rahan Krangar

Perlawanan: Liga Super 2017, Felda United FC lwn Pahang pada 1 Julai 2017 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka

Kesalahan: Melanggar Artikel 50.1(e) dibaca bersama dengan Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM akibat daripada tindakannya meludah di muka pemain lawan.

Hukuman: Penggantungan daripada bermain di dalam Perlawanan Rasmi dan Tidak Rasmi i.e. perlawanan Liga Malaysia dan perlawanan persahabatan untuk 6 perlawanan termasuk satu penggantungan automatik dan didenda sebanyak RM1,000. Walau bagaimanapun Jawatankuasa telah memutuskan untuk menggunapakai Artikel 35 Kod Tatatertib FAM di mana Defendan dikenakan penggantungan 2 perlawanan dahulu iaitu perlawanan bertemu Sarawak pada 11 Julai 2017 (penggantungan automatik) dan bertemu Perak pada 22 Julai 2017 manakala baki 4 perlawanan adalah ditangguh terlebih dahulu tertakluk kepada kepada kelakuan baik Defendan untuk tempoh 6 bulan selepas daripada tarikh penggantungan kedua. Hanya keputusan penggantungan boleh dirayu.

 

3. Pemain Pasukan PKNP FC – Muhammad Aizzat Bin Maidin Koty

Perlawanan: Piala Presiden 2017, PKNP FC lwn PKNS FC pada 3 Julai 2017 di Stadium Mini 1Malaysia, Chemor

Kesalahan: Melanggar Artikel 50.1(d) dibaca bersama dengan Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM akibat daripada tindakannya berkelakuan ganas dengan sengaja menendang di bahagian paha pemain PKNS FC, Amir Hafiz Bin Mohd Noor.

Hukuman: Penggantungan 2 perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik dan didenda sebanyak RM3,000. Keputusan ini tidak boleh dirayu.

 

4. Pemain Pasukan PKNS FC – Amir Hafiz Bin Mohd Noor

Perlawanan: Piala Presiden 2017, PKNP FC lwn PKNS FC pada 3 Julai 2017 di Stadium Mini 1Malaysia, Chemor

Kesalahan: Melanggar Artikel 50.1(d) dibaca bersama dengan Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM akibat daripada tindakannya berkelakuan ganas dengan sengaja menumbuk bahu di sebelah kiri pemain PKNP FC, Muhammad Aizzat Bin Maidin Koty.

Hukuman: Penggantungan 2 perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik dan didenda sebanyak RM3,000. Keputusan ini tidak boleh dirayu.

 

5. Jurulatih Penjaga Gol Pasukan PKNP FC – Zamri Bin Md Arif

Perlawanan: Piala Presiden 2017, PKNP FC lwn PKNS FC pada 3 Julai 2017 di Stadium Mini 1Malaysia, Chemor

Kesalahan: Salah laku terhadap pihak lawan atau individu selain daripada pegawai  perlawanan (Artikel 50 Kod Tatatertib FAM)

Hukuman: Jawatankuasa telah membuat keputusan untuk menggugurkan dakwaan terhadap Defendan. Oleh yang demikian, tiada sebarang hukuman tambahan yang dikenakan ke atas Defendan.

 

6. Jurulatih Penjaga Gol Pasukan PKNS FC – Ashazar Bin Yahya

Perlawanan: Piala Presiden 2017, PKNP FC lwn PKNS FC pada 3 Julai 2017 di Stadium Mini 1Malaysia, Chemor

Kesalahan: Salah laku terhadap pihak lawan atau individu selain daripada pegawai  perlawanan (Artikel 50 Kod Tatatertib FAM)

Hukuman: Jawatankuasa telah membuat keputusan untuk menggugurkan dakwaan terhadap Defendan. Oleh yang demikian, tiada sebarang hukuman tambahan yang dikenakan ke atas Defendan.

 

DATUK BALJIT SINGH SIDHU

PENGERUSI JAWATANKUASA TATATERTIB FAM

KHAMIS, 20 JULAI 2017