Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM bagi sesi 2014-2018

Jawatankuasa Tatatertib FAM dalam mesyuaratnya pada 23 April 2015 telah mencapai keputusan berikut:

 

1.      Tindakan penyokong pasukan Pahang menyalakan suar selepas tamat perlawanan Liga Super di antara pasukan Pahang menentang pasukan Selangor di Stadium Darul Makmur pada 14 Februari 2015:

•    Persatuan Bolasepak Pahang telah didapati bersalah kerana melanggar ‘Artikel 70 para 2 Kod Tatatertib FAM’berkenaan “Tanggungjawab bagi kelakuan penonton”.

•    Persatuan Bolasepak Pahang dikenakan hukuman berikut:

i.          Denda sebanyak RM10,000. Kesalahan ini merupakan kesalahan berulang (Artikel 42 Kod Tatatertib FAM berkenaan “Pelanggaran berulang”), dan

 

ii.          diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika pelanggaran itu berulang.

 

2.      Tindakan penyokong pasukan Kedah yang telah membakar/membaling suar semasa dan selepas perlawanan Liga Premier di antara pasukan Pulau Pinang menentang pasukan Kedah di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 13 Mac 2015:

 

·         Persatuan Bolasepak Kedah telah didapati bersalah kerana melanggar ‘Artikel 70 para 2 Kod Tatatertib FAM’ berkenaan “Tanggungjawab bagi kelakuan penonton”.

 

·         Persatuan Bolasepak Kedah dikenakan hukuman berikut:

 

i.          Denda sebanyak RM10,000.00. Kesalahan ini merupakan kesalahan berulang (Artikel 42 Kod Tatatertib FAM berkenaan “Pelanggaran berulang”), dan

 

ii.          diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika pelanggaran itu berulang.

 

3.      Tindakan penyokong pasukan Pahang membaling bom asap semasa perlawanan Liga Super di antara pasukan ATM menentang pasukan Pahang di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada 14 Mac 2015:

•    Persatuan Bolasepak Pahang telah didapati bersalah kerana melanggar Artikel 70 para 2 Kod Tatatertib FAM’ berkenaan “Tanggungjawab bagi kelakuan penonton”.

•    Persatuan Bolasepak Pahang dikenakan hukuman berikut:

i.          Denda sebanyak RM15,000. Kesalahan ini merupakan kesalahan berulang (Artikel 42 Kod Tatatertib FAM berkenaan “Pelanggaran berulang”), dan

 

ii.          diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika pelanggaran itu berulang.

 

4.      Tindakan penyokong pasukan Pulau Pinang membaling batu dan bekas minuman ke dalam padang permainan dan trek ketika perlawanan Liga Premier di antara pasukan Pulau Pinang menentang pasukan Johor Darul Ta’zim II di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 3 April 2015:

 

·         Persatuan Bolasepak Pulau Pinang telah didapati bersalah kerana  kerana melanggar ‘Artikel 70 para 2’ Kod Tatatertib FAM’ berkenaan “Tanggungjawab bagi kelakuan penonton”.

 

·         Persatuan Bolasepak Pulau Pinang dikenakan hukuman berikut:

i.          Denda sebanyak RM20,000.00. Kesalahan ini merupakan kesalahan berulang (Artikel 42 Kod Tatatertib FAM berkenaan “Pelanggaran berulang”), dan;

ii.          diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika pelanggaran itu berulang.

 

(Walaubagaimanapun, Persatuan Bolasepak Negeri masih boleh mengemukakan rayuan ke atas keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM kepada Jawatankuasa Rayuan FAM – tertakluk kepada Kod Tatatertib FAM).

 

J Category: 
article/latest-news