KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA TATATERTIB FAM KALI KE-4 BAGI SESI 2014-2018

Jawatankuasa Tatatertib FAM dalam mesyuaratnya pada 10 Jun 2015 (Rabu) telah mencapai keputusan berikut :

1. Kelakuan pemain pasukan Johor Darul Ta'zim II (JDT II), Mohd Anis Faron yangmenghasut kepada kebencian dan kelakuan ganas, kelakuan yang menyinggung dan fair play & sumbangan kepada media semasa dan selepasperlawanan Liga Premier antara pasukan Pulau Pinang menentang JDT II di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 3 April 2015.

*             Pemain, Mohd Anis Faron didapati bersalah kerana melanggar ‘Article 55 Kod Tatatertib FAM’ berkenaanMenghasut kepada kebencian dan kelakuan ganasdan ‘Artikel 59 Kod Tatatertib FAM ’ berkenaan ‘Kelakuan yang menyinggung dan fair play’ dibaca bersama dengan Artikel 88 Statut FAM dan dikenakan hukuman berikut:

i.              Digantung daripada bermain sebarang perlawanan selama enam (6) bulan dan didenda sebanyak RM5,000.00.

Penggantungan daripada bermain selama enam (6) bulan hanya akan mula berkuatkuasa sebaik sahaja beliau didaftarkan untuk bermain bersama dengan mana-mana pasukan pada masa yang akan datang; dan

ii.             Diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

(Walau bagaimanapun Pemain hanya boleh mengemukakan rayuan ke atas keputusan hukuman penggantungannya sahaja kepada Jawatankuasa Rayuan FAM – tertakluk kepada Kod Tatatertib FAM).

 

2. Tindakan penyokong pasukan Perak melontar mercun semasa perlawanan Piala FA di antara pasukan Perak menentang T-Team di Stadium Perak, Ipoh pada 17 Mac 2015.

*             Persatuan Bolasepak Perak telah didapati bersalah kerana  kerana melanggar ‘Article 70 para 1 Kod Tatatertib FAM’ berkenaan ‘Tanggungjawab bagi kelakuan penonton’ dan dikenakan hukuman berikut:

i.              Didenda sebanyak RM15,000.00. Kesalahan ini merupakan kesalahan berulang (Article 42 Kod Tatatertib FAM); dan

ii.             Diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

(Persatuan Bolasepak Negeri boleh mengemukakan rayuan ke atas keputusan di atas kepada Jawatankuasa Rayuan FAM – tertakluk kepada Kod Tatatertib FAM).

 

3. Tindakan penyokong pasukan Negeri Sembilan membakar suar semasa perlawanan dan penganjuran perlawanan  oleh Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan pada perlawanan Piala FA di antara pasukan Negeri Sembilan menentang Pulau Pinang di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada 17 Mac 2015.

*             Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan telah didapati bersalah kerana  kerana melanggar ‘Article 70 para 1 Kod Tatatertib FAM’  berkenaan ‘Tanggungjawab bagi kelakuan penonton’ dan ‘Artikel 68 (c) Kod Tatatertib FAM’ berkenaan ‘Penganjuran perlawanan’ dan dikenakan hukuman berikut:

i.              Didenda sebanyak RM5,000.00 di atas kesalahan melanggar ‘Article 70 para 1 Kod Tatatertib FAM; dan

ii.             Didenda sebanyak RM50,000.00 dan bermain satu perlawanan tanpa penonton di gelanggang sendiri kerana melanggar ‘Article 68 (c) Kod Tatatertib FAM’.

                Walau bagaimanapun hukuman bermain tanpa penonton terhadap Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan  ditangguh terlebih dahulu tertakluk kepada tiada kesalahan yang sama berulang (merujuk kepada ‘Article 70 dan Artikel 68’ Kod Tatatertib FAM’). Jika kesalahan yang sama berulang di dalam perlawanan Liga Premier yang melibatkan Pasukan Negeri Sembilan, maka hukuman bermain tanpa penonton tersebut akan dikuatkuasakan serta-merta di mana Pasukan Negeri Sembilan adalah pasukan tuan rumah bagi perlawanan itu.

(Persatuan Bolasepak Negeri hanya boleh mengemukakan rayuan ke atas keputusan denda RM50,000.00 sahaja kepada Jawatankuasa Rayuan FAM – tertakluk kepada Kod Tatatertib FAM).

 

4. Tindakan penyokong pasukan Sarawak menyalakan  suar selepas tamat perlawanan Liga Super antara pasukan Sarawak menentang Sime Darby FC di Stadium Negeri, Kuching pada 11 April 2015.

*             Persatuan Bolasepak Sarawak telah didapati bersalah melanggar ‘Article 70 para 1 Kod Tatatertib FAM’ berkenaan ‘Tanggungjawab bagi kelakuan penonton’  dan dikenakan hukuman berikut:

i.              Didenda sebanyak RM12,500.00. Kesalahan ini merupakan kesalahan berulang (‘Article 42’ Kod ini); dan

ii.             Diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

( Keputusan ini tidak boleh dirayu.)

 

5. Tindakan pasukan Selangor UiTM FC menurukan pemain yang tidak layak (ineligible) untuk bermain semasa perlawanan Liga Premier antara Selangor UiTM FC menentang Sime Darby FC di Stadium UiTM, Shah Alam pada 20 April 2015

*             Pasukan Selangor UiTM FC telah didapati bersalah kerana melanggar ‘Article 57 para 1 Kod Tatatertib FAM’ berkenaan “Ketidaklayakkan” dan dikenakan hukuman berikut:

i.              Didenda sebanyak RM3,000.00;

ii.             Dilucutkan hak bagi bagi perlawanan inidi bawah ‘Article 32 Kod Tatatertib FAM’).

Walaubagaimanapun, keputusan perlawanan (Selangor UiTM FC 1 – 4 Selangor PKNS FC) adalah dikekalkan. dan

iii.            diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

(Keputusan ini tidak boleh dirayu.)

 

6. Tindakan penyokong pasukan Perak membakar mercun semasa perlawanan dan penganjuran perlawanan  oleh Persatuan Bolasepak Perak di perlawanan Liga Super antara Perak menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Perak, Ipoh pada 24 April 2015.

*            Persatuan Bolasepak Perak telah didapati bersalah kerana melanggar ‘Article 70 para 1 Kod Tatatertib FAM berkenaan ‘Tanggungjawab bagi kelakuan penonton’ dan ‘Artikel 68 (c) Kod Tatatertib FAM’  berkenaan ‘Penganjuran Perlawanan’ dan dikenakan hukuman berikut:

i.              Didenda sebanyak RM15,000.00 di atas kesalahan melanggar ‘Article 70 para 1 Kod Tatatertib FAM’.  Kesalahan ini merupakan kesalahan berulang (‘Article 42 Kod Tatatertib FAM’); dan

ii.             Didenda sebanyak RM75,000.00 dan bermain tanpa penonton di gelanggang sendiri kerana   melanggar ‘Article 68 (c) Kod Tatatertib FAM’ yang dibaca bersama dengan ‘Article 69 para 2 Kod Tatatertib FAM’. Kesalahan inimerupakan kesalahan berulang (‘Article 42’ Kod  Kod Tatatertib FAM).

Walau bagaimanapun hukuman bermain tanpa penonton terhadap  Persatuan Bolasepak Perak  ditangguh terlebih dahulu tertakluk kepada kepada tiadanya kesalahan yang sama berulang (merujuk kepada ‘Article 70 dan Artikel  68 Kod Tatatertib FAM’). Jika kesalahan yang sama berulang di dalam perlawanan Liga Super yang melibatkan Pasukan Perak,maka hukuman bermain tanpa penonton tersebut akan dikuatkuasakan serta-merta di mana Pasukan Perak adalah pasukan tuan rumah bagi perlawanan itu.

(Persatuan Bolasepak Negeri boleh mengemukakan rayuan ke atas keputusan di atas  kepada Jawatankuasa Rayuan FAM – tertakluk kepada Kod Tatatertib FAM).

 

7. Tindakan penyokong pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) bertindak tidak wajar selepas tamat perlawanan Liga Super antara pasukan Perak menentang JDT di Stadium Perak, Ipoh pada 24 April 2015

*             Persatuan Bolasepak Johor telah didapati bersalah kerana melanggar ‘Article 70 para 2 Kod Tatatertib FAM’  berkenaan ‘Tanggungjawab bagi kelakuan penonton’dan dikenakan hukuman berikut:

i.              Didenda sebanyak RM10,000.00; dan

ii.             Diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

*             (Keputusan ini tidak boleh dirayu.)

 

8.  Tindakan penyokong pasukan Kelantan menyalakan  suar selepas tamat perlawanan Liga Super antara pasukan Kelantan menentang Selangor di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu pada 25 April 2015.

*             Persatuan Bolasepak Kelantan telah didapati bersalah kerana  kerana melanggar ‘Article 70 para 1 Kod Tatatertib FAM’ berkenaan ‘Tanggungjawab bagi kelakuan penonton’dan dikenakan hukuman berikut:.

i.              Didenda sebanyak RM5,000.00; dan

ii.             Diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

(Keputusan ini tidak boleh dirayu.)

 

9.  Tindakan penyokong pasukan Selangor menyalakan  suar dan melepaskan mercun ke udara selepas tamat perlawanan Liga Super antara pasukan Kelantan menentang Selangor di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu pada 25 April 2015.

*             Persatuan Bolasepak Selangor telah didapati bersalah kerana  kerana melanggar ‘Article 70 para 2 Kod Tatatertib FAM’ berkenaan ‘Tanggungjawab bagi kelakuan penonton’dan dikenakan hukuman berikut:

i.              Didenda sebanyak RM17,500.00; dan

ii.            Diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

( Keputusan ini boleh dirayu.)

 

10. Tindakan penyokong pasukan Pahang menyalakan suar selepas tamat perlawanan Piala FA antara Pahang menentang Kelantan di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 25 April 2015. 

*             Persatuan Bolasepak Pahang telah didapati bersalah kerana  kerana melanggar ‘Article 70 para 1 Kod Tatatertib FAM’ berkenaan ‘Tanggungjawab bagi kelakuan penonton’dan dikenakan hukuman berikut:

i.              Didenda sebanyak RM15,000.00. Kesalahan ini merupakan kesalahan berulang (‘Article 42 Kod Tatatertib FAM’); dan

ii.             Diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

( Keputusan ini boleh dirayu.)

 

11. Tindakan penyokong pasukan Kelantan membakar suar selepas tamat perlawanan Piala FA antara Pahang menentang Kelantan di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 9 Mei 2015.

*             Persatuan Bolasepak Kelantan telah didapati bersalah kerana  kerana melanggar ‘Article 70 para 2 Kod Tatatertib FAM’ berkenaan ‘Tanggungjawab bagi kelakuan penonton’ dan dikenakan hukuman berikut:.

i.              Didenda sebanyak RM5,000.00; dan

ii.             Diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

(Keputusan ini tidak boleh dirayu.)

 

12.  Tindakan penyokong pasukan Terengganu menyalakan suar semasa perlawanan dan berkelakuan tidak wajar selepas perlawanan dan penganjuran perlawanan oleh Persatuan Bolasepak Terengganu di perlawanan Piala FA antara Terengganu menentang Lions XII di Stadium SMZA, Gong Badak, Kuala Terengganu pada 16 Mei 2015. 

*             Persatuan Bolasepak Terengganu telah didapati bersalah kerana  kerana melanggar ‘Article 70 para 1 Kod Tatatertib FAM’ berkenaan ‘Tanggungjawab bagi kelakuan penonton’ dan Artikel 68 (c) & (e) Kod Tatatertib FAM’ berkenaan ‘Penganjuran perlawanan’ dan dikenakan hukuman berikut:

i.              Didenda sebanyak RM37,500.00 di atas kesalahan melanggar ‘Article 70 para 1 Kod Tatatertib FAM’. Kesalahan ini merupakan kesalahan berulang (‘Article 42 Kod Tatatertib FAM’);  dan

ii.             Didenda sebanyak RM50,000.00 dan bermain 2 (dua) perlawanan tanpa penonton di gelanggang sendiri kerana melanggar ‘Article 68 (c) & (e)  Kod Tatatertib FAM’ .

                Walau bagaimanapun Jawatankuasa menggunapakai ‘Article 35’ Kod Tatatertib FAM memutuskan bahawa Persatuan Bolasepak Terengganu hanya dikenakan hukuman bermain tanpa penonton untuk satu (1) perlawanan sahaja , iaitu perlawanan Liga Super 2015 Bil: 65 di antara Terengganu melawan Johor Darul Ta’zim pada 20 Jun 2015 jam 9.45 malam di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Terengganu.

                Hukuman bermain tanpa penonton untuk perlawanan yang kedua adalah ditangguh terlebih dahulu tertakluk kepada tiada kesalahan yang sama berulang (merujuk kepada ‘Article 70 dan Artikel 68 Kod Tatatertib FAM. Jika kesalahan yang sama berulang berulang di dalam perlawanan Liga Super yang melibatkan Pasukan Negeri Terengganu sebagai tuan rumah maka hukuman bermain tanpa penonton tersebut akan dikuatkuasakan serta-merta.

(Persatuan Bolasepak Negeri boleh mengemukakan rayuan ke atas keputusan di atas kepada Jawatankuasa Rayuan FAM – tertakluk kepada Kod Tatatertib FAM).

J Category: 
article/press-release