KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA TATATERTIB FAM KALI KEENAM BAGI PENGGAL 2021-2025

2022-02-11

Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam mesyuarat kali keenam bagi penggal 2021-2025 yang diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Khamis, 10 Februari 2022 telah mencapai keputusan berikut:

 

1. Pemain Perak - Muhamad Norakmal Norizal

 

Kesalahan: Melanggar Artikel 50.1 (d) Kod Tatatertib FAM atas tindakannya yang didapati berkelakuan ganas apabila telah mencekik pemain pasukan lawan dalam perlawanan di antara Perak melawan KL City FC dalam CUCKOO Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2022 pada 4 Februari 2022.

 

Hukuman: Pemain ini dikenakan hukuman penggantungan untuk tiga perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik seperti berikut:

(a) Perlawanan CUCKOO MPFL 2022, Kedah lwn Perak pada 5 Februari 2022 (penggantungan perlawanan secara automatik); 

(b) Perlawanan CUCKOO MPFL 2022, Perak lwn ATM pada 12 Februari 2022; dan

(c) Perlawanan CUCKOO MPFL 2022, PDRM FC lwn Perak pada 16 Februari 2022.

Pemain ini juga adalah diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan ini boleh dirayu.

 

2. Pegawai PDRM FC  - Mohd Zulhilmi Razali

 

Kesalahan: Melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM atas tindakannya yang berkelakuan tidak bersemangat sukan terhadap Pegawai Pertandingan apabila selepas tamat perlawanan semasa kumpulan Pengadil dalam perjalanan masuk ke Bilik Pengadil, telah memaki dan mengeluarkan kata-kata kesat dalam perlawanan di antara KPT-PST Mustangs melawan PDRM FC dalam CUCKOO Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2022 pada 4 Februari 2022.

 

Hukuman: Pegawai ini dikenakan hukuman penggantungan untuk tiga perlawanan dan denda sebanyak RM1,000 seperti berikut:

(a) Perlawanan CUCKOO MPFL 2022, Negeri Sembilan lwn PDRM FC pada 13 Februari 2022; 

(b) Perlawanan CUCKOO MPFL 2022, PDRM FC lwn Kuala Lumpur pada 14 Februari 2022; dan

(c) Perlawanan CUCKOO MPFL 2022, PDRM FC lwn Perak pada 16 Februari 2022.

Pegawai ini juga adalah diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan ini boleh dirayu.

 

3. Pemain Selangor TOT United - Muhammad Amirul Sugito

 

Kesalahan: Melanggar Artikel 50.1 (d) Kod Tatatertib FAM atas tindakannya yang didapati berkelakuan ganas apabila telah menyiku pemain pasukan lawan dalam perlawanan di antara Selangor Tot United melawan TRW Kelantan FC dalam CUCKOO Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2022 pada 5 Februari 2022.

 

Hukuman: Pemain ini dikenakan hukuman penggantungan untuk tiga perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik seperti berikut:

(a) Perlawanan CUCKOO MPFL 2022, Terengganu lwn Selangor TOT United pada 6 Februari 2022 (penggantungan perlawanan secara automatik); 

(b) Perlawanan CUCKOO MPFL 2022, Selangor TOT United lwn KPT-PST Mustangs pada 18 Februari 2022; dan

(c) Perlawanan CUCKOO MPFL 2022, Pahang Rangers FC lwn Selangor TOT United pada 20 Februari 2022.

Pemain ini juga adalah diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan ini boleh dirayu.

 

4. Pemain Kedah - Muhammad Hamzah Ahmad

 

Kesalahan: Melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM atas tindakannya yang berkelakuan tidak bersemangat sukan terhadap Pegawai Pertandingan apabila selepas tamat perlawanan telah menolak Pengadil Kedua di bahagian dada dengan menggunakan kedua-dua tangannya sebanyak dua kali dengan secara agresif ketika pengadil menuju ke bilik persalinan dalam perlawanan di antara Kedah melawan Perak dalam CUCKOO Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2022 pada 5 Februari 2022.

 

Hukuman: Pemain ini dikenakan hukuman penggantungan untuk tiga perlawanan seperti berikut:

(a) Perlawanan CUCKOO MPFL 2022, Kedah lwn Pahang Rangers FC pada 13 Februari 2022; 

(b) Perlawanan CUCKOO MPFL 2022, Kedah lwn KL City FC pada 18 Februari 2022; dan

(c) Perlawanan CUCKOO MPFL 2022, PDRM FC lwn Kedah pada 26 Februari 2022.

Pemain ini juga adalah diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan ini boleh dirayu.

 

5. Pegawai KL City FC  - Devandran Supramanium

 

Kesalahan: Melanggar Artikel 62 Kod Tatatertib FAM atas tindakannya yang berkelakuan tidak bersemangat sukan terhadap Pegawai Pertandingan apabila selepas tamat perlawanan telah masuk ke bilik pengadil dan mengugut Pengadil ke-2 dalam perlawanan di antara KL City FC melawan KPT-PST Mustangs dalam CUCKOO Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2022 pada 6 Februari 2022.

 

Hukuman: Pegawai ini dikenakan hukuman penggantungan untuk empat perlawanan seperti berikut:

(a) Perlawanan CUCKOO MPFL 2022, Pahang Rangers FC lwn KL City FC pada 12 Februari 2022;

(b) Perlawanan CUCKOO MPFL 2022, KL City FC lwn Negeri Sembilan pada 14 Februari 2022;

(c) Perlawanan CUCKOO MPFL 2022, Selangor MAC lwn KL City FC pada 16 Februari 2022; dan

(d) Perlawanan CUCKOO MPFL 2022, Kedah lwn KL City FC pada 18 Februari 2022.

Pegawai ini juga adalah diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan ini boleh dirayu.

 

DATUK DR. BALJIT SINGH SIDHU

Pengerusi

Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

 

* Dikeluarkan pada Jumaat, 11 Februari 2022