KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA TATATERTIB FAM KALI KELAPAN BAGI PENGGAL 2017-2021

2018-09-15

Jawatankuasa Tatatertib FAM dalam mesyuarat kali kelapan bagi penggal 2017-2021 pada 14 September 2018 (Jumaat) telah mencapai keputusan berikut:

 

1. Pemain Pasukan MIFA, Kpah Sean Sherman

Perlawanan: Perlawanan Piala Malaysia 2018, MIFA lwn Kedah pada 26 Ogos 2018 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Kesalahan: Melanggar Artikel 50.1(d) dibaca bersama dengan Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM akibat daripada tindakannya didapati berkelakuan ganas dengan menerjah keras mengenai bahagian lutut pemain pasukan Kedah (Liridon Krasniqi).

Hukuman: Penggantungan tiga (3) perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik dan diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. 

Penggantungan tiga (3) perlawanan yang dikenakan adalah seperti berikut:

i) Perlawanan Piala Malaysia 2018 di antara Kelantan melawan MIFA pada 31 Ogos 2018 (penggantungan perlawanan secara automatik).

ii) Perlawanan Piala Malaysia 2018 di antara MIFA melawan Johor Darul Ta’zim pada 16 September 2018.

iii) Perlawanan Piala Malaysia 2018 (SUKU AKHIR) jika layak dan jika tidak layak penggantungan akan dibawa ke Perlawanan Rasmi yang pertama yang berikutnya.

 

2. Pemain Pasukan KL Felda United, Mohammad Firdaus bin Abdul Mukti

Perlawanan: Perlawanan Liga Futsal Kebangsaan 2018, Kuala Lumpur lwn KL Felda United pada 24 Ogos 2018 di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam.

Kesalahan: Melanggar Artikel 51.1(a) dan (b) dibaca bersama dengan Artikel 59 Kod Tatatertib FAM (selepas ini disebut “Kod ini”) akibat didapati salahlaku terhadap pegawai perlawanan dan kelakuan yang menyinggung dan fair play.

Hukuman: Digantung daripada bermain di dalam Perlawanan Rasmi dan Tidak Rasmi i.e. Perlawanan Bolasepak dan Futsal di bawah kelolaan/anjuran FAM termasuk Perlawanan Persahabatan dan Perlawanan Rasmi dan Tidak Rasmi Pasukan Kebangsaan selama dua belas (12) bulan berkuatkuasa mulai 25 Ogos 2018 sehingga 24 Ogos 2019 di atas kesalahan melanggar serta diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

Walau bagaimanapun, dengan menggunapakai Artikel 35 Kod ini, penggantungan enam (6) bulan wajib dilaksanakan dari 25 Ogos 2018 hingga 24 Februari 2019 dan penggantungan enam (6) bulan dari 25 Februari 2019 hingga 24 Ogos 2019 adalah ditangguh terlebih dahulu tertakluk kepada kelakuan baik Pemain selama setahun. 

 

3. Persatuan Bolasepak Negeri Johor

Perlawanan: Perlawanan Piala Malaysia 2018, Johor Darul Ta’zim lwn Kelantan pada 25 Ogos 2018 di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin.

Kesalahan: Melanggar Artikel 70.1 Kod Tatatertib FAM akibat daripada tindakan penyokong Pasukan Negeri Johor yang membakar dua puluh lima (25) batang suar semasa perlawanan tersebut.

Hukuman: Didenda sebanyak RM15,000.00 serta diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. 

 

4. Pemain Pasukan Terengganu, Mohammad Rahmat bin Makasuf

Perlawanan: Perlawanan SUKMA XIX 2018 (Bolasepak), Terengganu lwn Johor pada 10 September 2018 di Stadium UPSI Tanjung Malim.

Kesalahan: Melanggar Artikel 50.1(d) dibaca bersama dengan Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM akibat daripada tindakannya didapati berkelakuan ganas dengan menendang mengenai bahagian belakang badan pemain pasukan Johor (Mohamad Hariz bin Kamarudin).

Hukuman: Penggantungan tiga (3) perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik dan diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. 

Penggantungan tiga (3) perlawanan yang dikenakan adalah seperti berikut:

i) Perlawanan Bolasepak SUKMA XIX 2018 di antara Terengganu melawan Wilayah Persekutuan pada 12 September 2018 (penggantungan perlawanan secara automatik).

ii) Perlawanan Bolasepak SUKMA XIX 2018 di antara Terengganu melawan Perlis pada 15 September 2018.

iii) Perlawanan Bolasepak SUKMA XIX 2018 (SEPARUH AKHIR) jika layak dan jika tidak layak penggantungan akan dibawa ke Perlawanan Rasmi yang pertama yang berikutnya.

 

5. Pemain Pasukan Terengganu, Mohamad Shafawi bin Mohamad

Perlawanan: Perlawanan SUKMA XIX 2018 (Bolasepak), Terengganu lwn Johor pada 10 September 2018 di Stadium UPSI Tanjung Malim.

Kesalahan: Melanggar Artikel 50.1(d) dibaca bersama dengan Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM akibat daripada tindakannya didapati berkelakuan ganas dengan menumbuk dan menendang pemain pasukan Johor (Nur Ismail bin Sukandar).

Hukuman: Penggantungan tiga (3) perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik dan diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. 

Penggantungan tiga (3) perlawanan yang dikenakan adalah seperti berikut:

i) Perlawanan Bolasepak SUKMA XIX 2018 di antara Terengganu melawan Wilayah Persekutuan pada 12 September 2018 (penggantungan perlawanan secara automatik).

ii) Perlawanan Bolasepak SUKMA XIX 2018 di antara Terengganu melawan Perlis pada 15 September 2018.

iii) Perlawanan Bolasepak SUKMA XIX 2018 (SEPARUH AKHIR) jika layak dan jika tidak layak penggantungan akan dibawa ke Perlawanan Rasmi yang pertama yang berikutnya.

 

6. Pemain Pasukan Terengganu, Muhamad Fakrul bin Wahid

Perlawanan: Perlawanan SUKMA XIX 2018 (Bolasepak), Terengganu lwn Johor pada 10 September 2018 di Stadium UPSI Tanjung Malim.

Kesalahan: Melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM akibat daripada tindakannya didapati berkelakuan ganas dengan menendang dan menumbuk pemain pasukan Johor (Muhammad Azrul Haziq bin Aminuddin).

Hukuman: Penggantungan tiga (3) perlawanan dan diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. 

Penggantungan tiga (3) perlawanan yang dikenakan adalah seperti berikut:

i) Perlawanan Bolasepak SUKMA XIX 2018 di antara Terengganu melawan Perlis pada 15 September 2018.

ii) Perlawanan Bolasepak SUKMA XIX 2018 (SEPARUH AKHIR) dan (AKHIR) jika layak dan jika tidak layak dua (2) penggantungan yang dimaksudkan akan dibawa ke dua (2) Perlawanan Rasmi yang pertama yang berikutnya.

 

7. Pemain Pasukan Johor, Mohamad Hariz bin Kamarudin

Perlawanan: Perlawanan SUKMA XIX 2018 (Bolasepak), Terengganu lwn Johor pada 10 September 2018 di Stadium UPSI Tanjung Malim.

Kesalahan: Melanggar Artikel 50.1(d) dibaca bersama dengan Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM akibat daripada tindakannya didapati berkelakuan ganas dengan menumbuk mengenai bahagian belakang kepala pemain pasukan Terengganu (Mohamad Raimi Syamir bin Muhamad).

Hukuman: Penggantungan tiga (3) perlawanan dan diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. 

Memandangkan Pasukan Johor telah pun tersingkir daripada Pertandingan Bolasepak SUKMA XIX 2018, maka Penggantungan tiga (3) perlawanan yang dikenakan adalah dibawa ke tiga (3) Perlawanan Rasmi yang pertama.

 

8. Pemain Pasukan Johor, Nur Ismail bin Sukandar

Perlawanan: Perlawanan SUKMA XIX 2018 (Bolasepak), Terengganu lwn Johor pada 10 September 2018 di Stadium UPSI Tanjung Malim.

Kesalahan: Melanggar Artikel 50.1(d) dibaca bersama dengan Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM akibat daripada tindakannya didapati berkelakuan ganas dengan menumbuk mengenai bahagian belakang badan pemain pasukan Terengganu (Mohamad Raimi Syamir bin Muhamad).

Hukuman: Penggantungan tiga (3) perlawanan dan diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. 

Memandangkan Pasukan Johor telah pun tersingkir daripada Pertandingan Bolasepak SUKMA XIX 2018, maka Penggantungan tiga (3) perlawanan yang dikenakan adalah dibawa ke tiga (3) Perlawanan Rasmi yang pertama.

 

9. Pemain Pasukan Johor, Muhammad Azrul Haziq bin Aminuddin

Perlawanan: Perlawanan SUKMA XIX 2018 (Bolasepak), Terengganu lwn Johor pada 10 September 2018 di Stadium UPSI Tanjung Malim.

Kesalahan: Melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM akibat daripada tindakannya didapati berkelakuan ganas dengan menumbuk mengenai bahagian belakang badan pemain pasukan Terengganu (Mohamad Raimi Syamir bin Muhamad).

Hukuman: Penggantungan tiga (3) perlawanan dan diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. 

Memandangkan Pasukan Johor telah pun tersingkir daripada Pertandingan Bolasepak SUKMA XIX 2018, maka Penggantungan tiga (3) perlawanan yang dikenakan adalah dibawa ke tiga (3) Perlawanan Rasmi yang pertama.

 

DATUK BALJIT SINGH SIDHU

PENGERUSI JAWATANKUASA TATATERTIB FAM