KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA TATATERTIB FAM PADA 15 OKTOBER 2015

Jawatankuasa Tatatertib FAM dalam mesyuaratnya pada 15 Oktober 2015 (Khamis) telah mencapai keputusan berikut:

Tindakan pemain Terengganu, Norshahrul Idlan Bin Talaha yang telah memijak dengan sengaja menggunakan stud pada kaki pemain lawan dan dilayangkan kad merah ketika perlawanan Piala Malaysia 2015 antara pasukan Kedah menentang pasukan Terengganu di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 18 September 2015.

         ·                       Pemain, Norshahrul Idlan Bin Talaha telah didapati bersalah kerana melanggar ‘Article 50.1 (d) Kod Tatatertib FAM 2015’ dibaca bersama dengan ‘Article 18 para 4 Kod Tatatertib FAM 2015’ dan pemain adalah dikenakan hukuman berikut:

·            Digantung daripada bermain untuk lima (5) perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik dan didenda sebanyak RM2,500.00.

·                    Penggantungan lima (5) perlawanan yang dikenakan adalah seperti berikut:

i.           Piala Malaysia 2015, LionsXII lawan Terengganu pada 26 September 2015 di Stadium Jalan Besar, Singapura (penggantungan perlawanan secara automatik);

ii.             Piala Malaysia 2015, Terengganu lawan Kedah pada 17 Oktober 2015 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak;

iii.           Piala Malaysia 2015, Johor Darul Ta’zim II lawan Terengganu pada 27 Oktober 2015 di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang;

iv.       Piala Malaysia 2015, Terengganu lawan LionsXII pada 31 Oktober 2015 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak; dan

 v.        baki satu (1) lagi penggantungan adalah dibawa ke perlawanan rasmi pertama yang seterusnya bagi Pemain selepas perlawanan terakhir di atas [merujuk kepada ‘Article 40 Kod Tatatertib FAM 2015’ ].

              ·                   Pemain diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

J Category: 
article/press-release