Keputusan mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM pada 15 September 2015

Jawatankuasa Tatatertib FAM dalam mesyuaratnya pada 15 September 2015 (Selasa) telah mencapai keputusan berikut:

 

1.  Tindakan penyokong Sarawak membakar dan melontar mercun, suar dan bom asap ke kawasan persekitaran padang serta merosakkan kenderaan polis dan membaling batu ke bas pasukan pelawat pada perlawanan PIALA MALAYSIA 2014, BIL: 37, Sarawak lwn Perak pada 30 Ogos 2014, perlawanan LIGA SUPER 2015, BIL: 63, Sarawak lwn Perak pada 20 Jun 2015 dan perlawanan LIGA SUPER 2015, BIL: 76, Sarawak lwn Felda United pada 27 Jun 2015, ketiga-tiganya berlangsung di Stadium Negeri, Kuching.

* Persatuan Bolasepak Sarawak telah didapati bersalah kerana  kerana melanggar ‘Article 70 para 1’ dan ‘Article 68 (c) & (e)’  FAM Disciplinary Code 2015’ (selepas ini disebut “Kod ini”) bagi ketiga-tiga kes ini.

* Jawatankuasa telah memutuskan untuk mengguna pakai ‘Article 43’ Kod ini di mana apabila terdapatnya pelanggaran-pelanggaran berkait di dalam kes-kes yang berlainan tetapi melibatkan pesalahlaku yang sama, Jawatankuasa mempunyai kuasa untuk mengenakan pelanggaran yang paling serius sahaja dan bergantung kepada keadaan, boleh meningkatkan lagi hukuman tersebut.

* Oleh yang demikian, Persatuan Bolasepak Sarawak adalah dikenakan hukuman berikut:

i.              Didenda sebanyak RM80,000.00 secara keseluruhan dan bermain 2 (dua) perlawanan tanpa penonton di gelanggang sendiri (‘Article 25’ Kod ini) di atas kesalahan-kesalahan melanggar ‘Article 70 para 1’ Kod dan ‘Article 68 (c) & (e)’ yang juga melibatkan kesalahan yang berulang (‘Article 42’ Kod ini);

ii.             Diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

* Walau bagaimanapun, Jawatankuasa telah memutuskan untuk mengguna pakai ‘Article 35’ Kod ini di mana Persatuan Bolasepak Sarawak hanya dikenakan hukuman bermain tanpa penonton untuk satu perlawanan sahaja dan hukuman bermain tanpa penonton untuk perlawanan yang kedua adalah ditangguh terlebih dahulu tertakluk kepada kepada tiadanya kesalahan yang sama merujuk kepada ‘Article 70 dan 68’ berulang.

* Jika kesalahan yang sama berulang di dalam perlawanan yang melibatkan Pasukan Sarawak yang seterusnya dalam tempoh enam (6) bulan, maka baki satu lagi perlawanan untuk hukuman bermain tanpa penonton tersebut akan dikuatkuasakan serta-merta terhadap perlawanan yang seterusnya di mana Pasukan Sarawak adalah pasukan tuan rumah bagi perlawanan tersebut.

* Keputusan ini boleh dirayu.

 

2. Tindakan penyokong Selangor membakar dan melontar mercun dan suar ke kawasan persekitaran padang serta mempamerkan slogan menghina dan berunsurkan politik pada perlawanan LIGA SUPER 2015, BIL: 80, Selangor lwn Pahang pada 4 Julai 2015 di Stadium Shah Alam.

* Persatuan Bolasepak Selangor telah didapati bersalah kerana  kerana melanggar ‘Article 70 para 1 FAM Disciplinary Code 2015’(selepas ini disebut “Kod ini”) bagi kedua-dua insiden.

* Persatuan Bolasepak Selangor adalah dikenakan hukuman berikut:

i.              Didenda sebanyak RM26,250.00 di atas kesalahan melanggar ‘Article 70 para 1’ Kod ini yang juga melibatkan kesalahan yang berulang (‘Article 42’ Kod ini) bagi insiden pertama (membakar dan melontar mercun dan suar ke kawasan persekitaran padang); dan

ii.             Didenda sebanyak RM5,000.00 di atas kesalahan melanggar ‘Article 70 para 1’ Kod ini bagi insiden kedua (mempamerkan slogan menghina dan berunsurkan politik); dan

iii.            Diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

* Oleh yang demikian, jumlah keseluruhan hukuman denda yang dikenakan ke atas Persatuan Bolasepak Selangor adalah sebanyak RM31,250.00.

* Keputusan ini boleh dirayu.

J Category: 
article/press-release